Pages

Wednesday, September 30, 2015

Mari Berkebun : Tambah Pokok Lagi


Assalamualaikum..


Bila dah start tanam pokok kan, eheheh..rasa seronok plak..
Lagi2 kalau pokok tu hidup subur, tak mati tak layu..hehe
Syok sangat rupanya tanam pokok ni..



Last week cuti raya haji kan lama so balik Temerloh dulu then baru balik Sg Besar.
Bila dah balik Sg Besar memang gigih petang Sabtu tu dah nak magrib keluar gi cari pasu nak tanam pokok..
Well macam biasa sy beli pasu yang reject jer..
4 biji pasu RM10 sahaja tambah dengan alas pasu sama jugak harga 4 biji RM10..
So sy beli 4 biji pasu, 6 alas pasu sederhana dan 2 alas pasu besar semuanya RM30 sahaja..



Pokok mint ni jelah yang agak sendu sikit.
Tapi sejak letak kat cahaya matahari ni nampak macam daun mint ni cepat jer membesar..



Ni pulak pokok kucai, ambik kat kampung satu pasu kecik then alih masuk pasu besar..
Tapi macam tak kemas jer sebab kucai ni memang dah besar..
Sy alih pulak dalam pasu yang rendah..
Petang tu terus potong daun kucai ni buat cekodok..haha..



Mak bagi 3 pokok pandan..
Mak kata tanam jer dalam 1 pasu tapi tak muat ler pulak sebab pokok pandan ni dah besar..
Kalau kecik2 maybe boleh jer letak satu pasu..
Ala lagipon pasu banyak so tanam jer lah satu pokok sepasu..
Harap2 tak mati la..



Sy ambik lagi sepokok anak kunyit kot2 kunyit yang sedia ada tu mati..
Buat spare..
Tapi nampaknya dah tumbuh pucuk baru dah pokok kunyit yang tanam sebelum ni..


Masa tengah tanam pokok2 ni, budak2 main kat luar..
Selamba jer budak Anaz pegi cabut anak pokok limau purut tu..
Hei, sabar jelah budak2 ni..
Mendapat jugak kene piat perut sebab pandai2 gi cabut pokok mama..
Lepas tu protes bukak paip air sampai basah baju..
Hadoila budak, stress mama..
Baru nak gembira2 tanam pokok tau..



Last but not least adalah pokok daun kesum sy..
Ni hampir2 mati kekeringan sebab seminggu cuti raya, dengan panas dan tak hujannya..
Balik2 tengok dah kuning2 daun tu dan terus jer tambah air..
Kesian dia..


Tanah hitam ambik siap2 kat kampung campur dengan tanah beli tu..
Lepas tu taruk baja sket kat semua pasu..
Mak sy kata siram air basuhan ikan nak gemukkan pokok..
Tengokla kang kalau beli ikan boleh buat siram..
Jangan tumbuh ulat sudahla yer..


Sekian kisah kebun kali ni..
Nanti nak tanam cili padi dengan tomato pulak..


Bye..



Tuesday, September 22, 2015

Masak-Masak : Spagetti Bolognese


Assalam..


Last week tu sy teringin sangat nak makan spagetti bolognese..
Tp kalau masak pon mmg confirm sy sorang jer yg makan.
Dek sebab teringin nak makan jugak, blk kerja terus masak jugak.
Dekat jam 10 mlm jugak baru siap.
Budak2 makan jugak spagetti tp taruk kicap la..


Benda2 color merah ni memang diorang xusik.
Sambal pedas katanya..
Haha..


Puas hati dapat makan.
Masak banyak jugak tp terus simpan masuk peti.
Esoknya brekfast pon bolognese jugak..


Kereta standard tak minat sangat pasta2 ni.
So dia makan kuah bolognese dgn roti jer..


Ok, baby dalam perut jgn ngences dah yer..
Sy ni baru jer masuk 6 bulan tapi berat dah naik 10kg.
Next checkup appointment ni doctor dah plan minum air gula..
Aiyoo..
Takpelah selera makan pon kan, yang penting baby dalam perut selamat dan membesar dengan sihat..amin


Nak resepi ker..hehe google jelah..
Ni masak pon campak2 jer, cheese pon xde so xletak 


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



Friday, September 18, 2015

Weekend Activity Dikala Jerebu : Mandi Pool


Assalam..


Ni sebenarnya aktiviti hujung minggu lepas.
Hari sabtu tu plan nak gi Cameron tapi jerebu la pulak.
Kitorang anak beranak semua pon dah batuk2, so cancel jelah aktiviti luar nak gi jalan2.


Sy dah lama x gi jalan Cameron tu.
Kitorang selalu pergi hari sabtu tapi balik hari jer.
Dari Bentong dalam 2 jam lebih sket jer ikut laluan Bentong-Raub-Koyan-Cameron.
Takpelah maybe next time..


Tapi kebetulan hari sabtu tu sepupu kereta standard bertunang pulak.
Last minute baru mak abah mertua inform, so terusla kitorang balik Temerloh.
Tapi kitorang balik hari jer, tak tido Temerloh pon.
Lepas kenduri balik umah mertua, tido kejap, lepas solat asar baru balik Bentong.


Hari ahad tu pulak memang duduk rumah sahaja.
Bangun awal sket kemas rumah.
Letih jugak rumah dua tingkat ni.
Menyapu, mengemop lantai, lap dinding lagi..
Over sangat lap dinding kan, tp sebab dinding dah tile, lagi pulak kaler putih so adalah nampak kesan2 kotor sikit.
Buat keje sikit tu pon dah letih.
Bilik air malas nak basuh..bole pulak kan..
Tunggu la nanti ada cuti lagi baru basuh bilik air pulak..haha..




So aktiviti hari ahad tu, bagi budak2 mandi pool..
Pool ni dah beli lama dekat 2 tahun, tapi kitorang tinggalkan kat Temerloh.
Guna pon baru sekali jer.
Kitorang kan duduk flat jer sebelum ni, kat celah mana pulak nak pasang kan..
Ni dah ada halaman barulah berkesempatan  nak pasang..


Memang bergembira habislah budak2 ni mandi.
Setengah jam lebih jugak nak penuhkan air, budak2 asikla tanya dah boleh mandi ke belum.
Tak sabar2..


Haa, mainlah korang sampai letih..


Kira kolam ni besarla jugak, boleh muat 10 orang budak..




Tapi adelah dalam sejam jer budak2 ni main lepas tu budak Qayyum tu boleh buang plak air dia..
Dah bosanlah tu gamaknya..


Budak Anaz tu pulak kan baru baik chicken pox, habis kembang2 chicken pox dia..
Haha, kesian dia. mak budak pon bijak sangat bagi mandi kolam kan..
Lepas mandi terus sapukan ubat.
Ada banyak jugak chicken pox yg belum kering.
Tapi tengok dia ok jer.
Sedap jer menggaru nak kopek kuping2 tu..
Tapi sekarang alhamdulillah dah kering dan dah tanggal sepenuhnya..
Cuma parut berlubang besar2 jerlah terutama kat belakang badan dia.


Sekian..
Bye.

Thursday, September 17, 2015

Mari Berkebun : Kebun Kecil Updated


Assalam..


Semalam petang cuti hari Malaysia barulah berkesempatan nak alihkan anak2 pokok dr polybag masuk dalam pasu bunga..


Seharian duduk rumah sebab jerebu, petang sket baru kereta standard ajak jalan2.
So kitorang sempat singgah nursery beli tanah dengan alas pasu.


Tanah satu beg RM10 dan alas pasu satu RM3 sahaja.
Tapi alas pasu beli 3 jer sebab ingat nak transfer 3 pokok jer sekali transfer jelah semua pokok sebab pasu ada banyak kan..
Lubang2 pasu tu sy cover dengan batu, tu pon batu kutip kat tepi jalan..hehe


Ni pokok mint yang ala2 dah nak mati ni..
Akak dekat office sy yang bagi, pucuk asal dah kering dah ni pon baru bertunas baru.
Sy risau jer mati, lagipon dah sebulan besar ni jer pokok mint ni..
Sebelum ni sy letak kat dapur jer, maybe kurang pencahayaan kot.
Tapi akak ofis tu siap pesan kata jgn letak kat panas, letak kat redup jer..
Harap2 bertahanlah pokok mint ni bila dah transfer masuk pasu besar..


Ni pulak pokok halia.
Ala bila beli halia kan tak habis masak, terus jelah sy letak kat tanah. asalnyer letak dalam botol mineral.
Mula2 tu letak kat dapur jer, tak sangka cepat pulak halia ni tumbuh.
Tapi halia tua jer yg hidup kalau beli halia yang muda tu walaupun dah letak kat tanah, sampai kesudah tak tumbuh2..


Ni pulak pokok kunyit.
Sejak 2 minggu lepas, kereta standard rendam jer dalam baldi tp air sikit jelah.
Ingatkan mati tp tengok ubi kunyit ni segar jer, so sy tawakal jelah pindahkan masuk pasu.
Harap2 menjadilah hidup kunyit ni..


Ni pulak pokok limau purut, ada 2 polybag so terus pindah masuk 2 pasu..


Ni pulak pokok kari.
Dah besar dah pokok kari ni.
Kalau nak masak kari dah boleh ambik dah ni daun kari dia.



Setakat ni ada 6 pasu jelah kebun sy baru.
Lepas ni sy nak tanam pokok pandan, daun sup dengan kucai.
Yang lain2 xde hati lagi nak tanam..


Eh lupa plak nak snap picture daun kesum..
Alhamdulillah berjaya hidup dengan tengan teknik tanam rendam tu..


Alas pasu kene beli lagi.
Tunggulah bila ada masa free karang..


Sekian cerita kebun kecil sy.
Terima kasih sudi baca..


Tuesday, September 15, 2015

Serangan Chicken Pox


Assalam..


Hadoiii..
Cerita sedih ni..
Kalau budak2 jer yg kene chicken pox sy takdelah nak sedih sangat..
Tapi dengan sy sekali berjangkit chicken pox..
Nanges...



Sebelum tu Qayyum yg kene chicken pox.
Tapi xdelah naik banyak sangat..Jangkit kat sekolah rasanya sebab sebelum tu ada classmate  Qayyum yg dah kene..
Mc seminggu jugakla Qayyum tu, Anaz pon naik jugak 3-4 biji..


Since first day terus gi klinik dan doktor bagi anti virus.
Bila makan ubat, chicken pox terus stop..
Ingatkan dah takdelah dah, dah baik kot..


Tak sangka lepas 2 minggu, lepas cuti hari merdeka hari tu Anaz demam..
Kebetulan baru jer lepas kenduri kawin pak long budak2 ni..
Bila dah demam hari selasa tu sy urgentla..
Tp xsangka Anaz kene chicken pox pulak..
Yang paling terkejut bila masuk bilik air tengok2 badan sy penuh bintik2 berair...
Anaz naik xbanyak sangat masa first day tu, yang sy pulak dah penuh kat badan..


Dr first day, dah sakit2 badan..berdenyut2..
Pergi panel klinik, doktor just bagi ubat demam dan ubat sapu jer sebab pregnant.
Stress betul..sampai petang tu sy dah rasa macam sesak nafas pon ada..
Dia punyer sakit tu rasa macam nak mati pon ada jugak..


Malam tu laki bawak gi Hospital Bentong, menunggu nak jumpa doktor jer dah dekat sejam setengah..
Stress giler, kiter dah la sakitkan..time tu la ramai orang pulak tambah slow lagi..
Jumpa doktor, kene ambik darah and scan..
Baby ok jer..
Kita risau jugak takut apa2 jadi..
Doktor kata ok2 jer tapi kene scan 3D nak tengok kulit baby takut berparut jugak..
Doktor Hospital Bentong tu refer doktor lain dr Hospital Temerloh..
Dia dah pasang benda alah yg jarum tu kat tangan siap2..
Kalau perlu, awarded katanya..
Adalah dalam setengah jam tunggu utk dapat result darah..nasib baik result darah ok dan tak perlu warded..
Lega..


Sesak nafas dan sakit dada katanya simptom biasa kalau chicken pox menyerang orang dewasa..
Dah lama tak sakit so sy rasa memang stress giler..
Lagi2 kene chicken pox pulak..
Mak sy kata masa kecik2 sy dah penah kene.
Orang kata akan kene sekali jer seumur hidup, ni apehal pulak kene lagi neh..


Qayyum dengan kereta standard ok2 jer..
Takdelah jangkit.


Tapi kesian kat Anaz, gi klinik kat Bentong semua xde anti-virus tu..
Stok yg sebelum ni boleh tertinggak plak kat umah pak long diorang kat Cyberjaya..
So xdelah makan ubat..
Yang paling risau demam dia memang on-off..
Malam2 kene stanby ubat demam yang masuk bontot tu sebab bila malam jer dia akan start demam..
Siang ok la pulak..
Seminggu jugakla dia demam malam..


Kesian kitorang, anak beranak berbintat-bintat..
Hahaha..sampai kepala2 pon penuh dengan chicken pox jugak tau..
Yang sy memang sakit, malam tak boleh tidur lena sebab sakit kat kepala..
Tapi sekarang alhamdulillah dah baik dah, cuma kesan tinggalan sejarah yang tak hilang..hehe


Hari ke-3 lepas kene chicken pox tu kitorang balik Temerloh nak gi klinik Sulaiman..
Doktor sambung mc sy lagi seminggu..
Tapi anti-virus habis stock la pulak..
Hadoi..memang dah nasib la budak Anaz tu kene chicken pox teruk compare Qayyum..
Malam Jumaat nak balik Sg Besar, ambik ubat kat rumah sepupu kereta standard kat KL sebab pak long diorang dah tinggalkan ubat tu kat sana..
Tapi yelah sebab chicken pox dah naik banyak, so makan sampai habis sebotol pon memang tak berkesan sangat..



Ni la ubat anti-virus yang budak2 ni dapat..
Qayyum dengan Anaz makan masa mula2 tu memang chicken pox terus stop, tak naik dah..



Ni pulak ubat yang sy dapat dr Hospital Bentong..
Sy rasa macam tak berkesan sangat sebab chicken pox naik banyak giler dalam masa 2 hari jer..
Tengok muka pon dah seram, kat badan apetah lagi..
Tak pelah dugaan penyakit tuhan nak kasi..


Kesian kat budak kecik ni, chicken pox yang kat belakang badan lagi besar2..
Lepas tu sakan dia menggaru pulak tu..malam2 lagi sedap dia garu, siap cakap gatal nyamuk..
yelah budak2 kan..


Alhamdullillah, dekat seminggu lebih jugakla baru betul2 kering..
Sekarang pon masih menggaru kuping2 chicken pon tu..
Sy pon sama, sedap jer nak kopek..parut tak parut..lantakkan ajer..


Sekarang memang musim chicken pox kot sebab ramai jugak anak kawan2 sy yg kene..
Tapi ada ubat kan..
Kene begi cepat2 so takdelah merebak..


Sekian cerita serangan chicken pox..hehe
Terima kasih sudi baca..
Bye..


Monday, September 14, 2015

Mee Tarik Salam Noodle @ Cyberjaya


Assalam..


Dah lama sebenarnya teringin sangat nak makan mee tarik.
Kat Bentong tu mana ada, kebanyakkan kedai pon ada kat KL/Selangor jer..


Lepas balik dr Mitsui tu kitorang singgah D'Pulze, Cyberjaya..
Tapi just jalan2 then pusing2 macam tak tahu nak makan apa dan tak tahu nak makan kat mana.
Ingat nak pusing2 cari makan kat Putrajaya jer..


Sekali bila pusing area kedai2 sebelah D'Pulze tu nampak macam ada satu kedai ni ramai giler orang makan..eheheh, sekali tengok kedai mee tarikla..
Terus suruh kereta standard parking, ajak dia try makan kat situ..nasib baik dia ok, layankan jer..




Ni menu dia.
Sebab kitorang first time nak try makan mee tarik ni, maka haruslah tinjau2 meja makan sebelah kiri kanan semua tengok apa diorang order..
Siap tanya waiter apa yang best..tapi waiter pon macam tak paham sangat english apatah lagi bahasa melayu..haha
Takpelah belasah jelah order..


So sy order No.6 dan kereta standard order No.4..
Kat sini self service, kene order kat kaunter then terus bayar.
Air pulak kat sini free flow..bayar harga makanan jer..


Lepas tu kitorang order jugak ni, dia macam kebab stick la..
Sebab tengok semua meja pon order menimbun2 pinggan..
Tapi order 6 jer dulu, 3 kambing lagi 3 ayam..
First try katakan..lagipon kang tamak sangat order banyak2, tak habis membazir pulak kan..


Harga seperti di atas..
Kitorang order kebab dan 2 mee tarik, untuk budak2 kitorang share jer..
Mintak 2 mangkuk kosong..hehe



Ni kereta standard punyer, beef noodle.



Yang ni sy punyer, chicken noodle..
Ni dua2 mee tarik masa order kene cakap no chili, xnak pedas..



Yelah nak bagi budak2 makan mana boleh pedas, kang amuk pulak taknak makan dah satu hal..
Lagipon baru nak try makan kat sini kan..


Service pantas jugak, walaupun ramai orang tapi tunggu sekejap jer dah sampai makanan..
Kusyuk makan sangat sebab dah malam, semua orang pon dah lapar..
Budak2 pon elok jer behave duduk makan kat meja, takdelah nak membuas pada malam tersebut..



Semangkuk tu banyak jugak tau mee tarik dia..
Budak2 memang suka mee so memang diorang makan banyak..
Lagi2 Qayyum, banyak jugak dia makan..



So far mee tarik ni sedap sangat pada sy.
Tak sama langsung macam mee kuning tu..


Kebab ni pon ok, sedap jugak..rm2 satu stick..
So far makan kat sini sedap, sy bg 4 bintang..
Next time boleh singgah makan kat sini lagi..


Terima kasih sudi baca..
Sekian



Saturday, September 12, 2015

Mitsui Outle Park @ KLIA Sepang


Assalam..


Ni last month punyer cerita..
Dah lama nak singgah Mitsui ni tapi kereta standard xnak bawa sebab dia kata tak bestlah, kedai baru tak penuh lagilah, itulah, inilah..
Padahal dia pon tak pernah singgah..cis jer..


Setiap bulan kan sy ada kelas EMOSH kat KLIA College, tapi selalu kelas habis lewat dalam jam 6 ke 7 petang cenggitu..
So selalu memang tak sempatla nak singgah Mitsui ni.
Kebetulan last class subject MOC - Management Of Change, kebetulan pulak lecturer yang mengajar tu ada kenduri jiran sebelah rumah dia..so dia kata macam tak patut sangat tak datang, kang kene pulau pulak dengan jiran2..hahaha, giler sempoi kan..
So kul 12 class dah dismiss..
Giler pantas, belajar 2 jam jer..


So bila dah balik awal, sy paksa kereta standard singgah..
Nasib baikla dia layankan jer..


Masa kitorang singgah ni takdelah crowd sangat macam mula2 open haritu kot..
Kitorang masih dapat parking dekat dengan entrance door jugak..


Lebih kurang cam JPO jugakla kot..
Tapi JPO pon sy baru gi sekali jer..hehe



Ammar Qayyum & Anaz Qaizer.
Budak2 ni masa ni tengah kene chicken pox.
Tapi sebab doctor dah bagi anti-virus and makan ubat cepat2 jadi chicken pox tu tak naik banyak sangat..Qayyum jelah yang ada banyak tak berapa banyak sangat, Anaz naik 2 ke 3 biji jer masa tu..
Kebetulan budak2 ni tak demam, active semacam jer..
Ni jangkit kat tabika Qayyum la ni, ada budak kat situ kene chicken pox jugak..



Ni sebab tak plan nak jalan2 so pakai baju kat rumah jer bukan baju jalan cantik..
Yelah selalu diorang jemput sy hari Sabtu then gi jalan makan jer..
Ni nak jalan2 shopping mall pulak..

Selalu hari Ahad sy akan drive sendiri..
Yang hari Sabtu tu kereta standard hantar sebab kitorang gerak dr rumah then hantar sy gi class kemudian kereta standard balik rumah abang dia kat Cyberjaya..
Macam tulah rutin kitorang setiap bulan selama 2 tahun ni sampai sy habis study..



Parking fees adalah seperti di atas.
RM2 sejam..



Sebab xplan pon nak shopping, duit pon xde so kitorang jalan2 cuci mata jer..
Tetiba ternampak classmate, eheheh..jalan depan lagi nampak classmate yang lain plak..hehe
Hahaha, ramai yang singgah sebab class habis awal haritu..



Budak2 ni maha gembira, berlari kesana kemari, terutama Anaz tu sampai tertanggal2 kasut selamba jer dia berlari..
Lepas tu asikla nak main esculator..
Hoi la anak, tersepit kang..
Tapi sy biar jer kereta standard handle yang budak tu, tak larat sebab lasak sangat..
Qayyum dah besar sket so dah paham bila kita kata NO, tapi budak Anaz tu lagi kita larang lagi lasak..kesudahannya biarkan jer..


Haa, korang tengokla anak sy ni..
Yang bapaknyer pon dah sempot nak kejar..haha
Dia punyer perangai lagi kiter kejar lagi seronok dia berlari..



Masuklah Crocs tengok2 jelah..
Kat sini murah tp old designla..tapi pd sy ok jer..
Yang penting murah kan..
Kalau masuk kedai crocs kat tempat lain, mak oiii..mahal giler harga sepasang kasut..
Takpelah, tunggulah sy kaya sangat baru beli..hehe





Kitorang pusing seround jer..
Sebab macam tak menarik sangat..
Tak menarik sebab tak shopping kan..kalau shopping mesti menarik..hehe
Takpelah, next time kalau bosan dan ada masa boleh singgah lagi..


Tapi terpaksa singgah lama kat kedai coklat.
Sebab budak2 ni try semua mainan kat dalam tu..
Mana2 yang boleh berpusing bergerak semua dia cuba.
Dah ajak keluar siap masuk balik..
Stress betul bawak budak2 ni..


Tapi nasib baik tak amuk nak mainan kat dalam tu..
Last sekali belikn jugakla mainan harga rm6 sorang..
Jadilah tu..


Tu jelah kot cerita jalan2 kat Mitsui ni..
Dalam ni kedai Nike, Zalora, Crocs dan macam2 brand lagi..
Tak ingat sebab tak masuk pon..
Ronda2 kat luar jer..


Terima kasih sudi baca..
Sekian