Pages

Friday, January 23, 2015

Sesi Sekolah Qayyum


Assalam..


Tahun ni Qayyum dah 4 tahun..
Memula plan nak masukkan sekolah cina tapi sebab last minute dah takde tempat..
So sekolah tabika perpaduan depan rumah jelah..


Sekolah tabika tu cuma ambik budak yang lahir bulan 1 sampai bulan 6 jer kalo tak kene tunggu tahun depan..so budak 4 tahun cuma ada 2 orang..Qayyum dgn anak cikgu yang ngajar tu..
Qayyum ni sebenarnya tak pandai cakap lagi..
Dia faham apa kita cakap tp bila dia cakap tu dia ambik hujung2 jer..

Cth ayat Qayyum - "Ma, Yum par..nak kan cik cap
Translation - "Mama, Qayyum lapar, nak makan nasik kicap..
Haha..lawak kan..
Memula tu pikir cemane la cikgu ajar kat sekolah kang, ntah paham ke idak budak cakap apa..



12 haribulan tu masuk sekolah..
Sy siap cuti 2 hari nak tengok dia..
Sy tengo parent lain tu first day jer tunggu, second day hantar terus cow..
Takpelah, sy nak tunggu jugak sekejap..


Seminggu sebelum masuk sekolah budak2 kene alergic..
Sy dah risau takut kene penyakit tangan kaki & mulut tu, tapi bila bawak klinik doktor kata alergic..
Berkudis kat mulut tu..sekarang dah baik tapi parut tu tak hilang..
Baby pon kene jugak tapi xteruk macam Qayyum..


Hari pertama nak sekolah, masa mandi nanges sikit sebab air sejuk..
Sianla pulak tengok, sorry Qayyum nnt mama dia beli water heater ok. takdelah sejuk sangat mandi pagi..

Sampai sekolah terus suruh dia duduk dalam kelas..
Mama tunggu kat luar sembang2 dgn parent yang lain..

Baru seploh minit kat dalam dah keluar angkat beg ajak balik..
Kelakar sangat tau..
Uniform tak dapat lagi, yang ni kawan kereta standard yang bagi sebab anak dia dah besar..
Bolehla pakai, lgpon masih elok..



Yang pompuan ni Iman, ni la anak officemate kereta standard tu..
Baju tu baju abang dia..
Tapi Iman ni dah becok sangat bercakap and dah 5 tahun..


Sy intai2 jer kat tingkap..
Mula2 kene beratur, lepas tu nyanyi lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang..
Tp Qayyum tak reti lagi so kene la cikgu tarik tangan suh beratur..

Lepas nyanyi, kene sarapan..
Sy tengok diorang punyer breakfast haritu ada biskut tiger coklat dengan susu..
Sy intai jer dia makan..senyap jer..
Siap angkat pinggan nk tambah biskut..hamboi, lapar kot..
Pagi tu cuma bg minum susu sebotol jer..tu pon tak habis..


Sy tengok sampai dekat kul10 jugakla.
Lepas tu kereta standard ajak balik..
So terus balik rumah..


Tengahari tu kereta standard jemput then terus hantar pegi rumah pengasuh..
Kereta standard tak bagi sy jemput kang drama pulak taknak pegi rumah pengasuh..
So hari pertama Qayyum kat sekolah, berjaya nampaknya..hehe


Second day pulak..
Bangun mandi bersiap, tak nanges pon tapi macam ngantuk lagi..
Sampai sekolah terus serbu tempat permainan..


Masa dia tengah main tu, sempatla berborak dengan cikgu yang mengajar..
Cikgu ada 2 orang jer, Cikgu Eda dgn Cikgu Su..
Cikgu Su kata dia dah kenalpasti ada 6 orang budak yang tak boleh bercakap lagi..
Nasib baik, sy ingatkan Qayyum jer yang tak pandai ckp lagi..
So situasi yang mencabar jugak untuk cikgu nak train budak2 tu..

Makan minum ok..
Tapi Qayyum nak main jer..tapi okla sbb dia belum 4 tahun lagi..
Lagipon environment ni masih baru, tak biasa lagi..
Bila tanya bab kencing pulak, nasib baik cikgu kata ok cuma time nak kencing sangat baru dia cakap..
Kira okla..
Tupun kitorang baru train lebih kurang sebulan setengah sebelum dia masuk sekolah..
Nasib baik ok bab nak kencing tu..


Tiba2 Qayyum melalak masa tengah main tu..
Sy suspek ada budak tu tolak dia kot..
Terus cikgu kata takpe dia handle..
Lama jugakla sy tengok cikgu nak pujuk suruh diam, siap dukung2 lagi..

Kesian cikgu tu..sy pon jarang dukung Qayyum sebab dia dah besar..
Berat pon dah dekat 19kg..
Bila dah senyap sekejap lepas tu sambung nanges lagi nak mama..haha

Time sarapan pon taknak makan..
Lepas tu cikgu bawa masuk dalam bilik mainan terus senyap..
Bila dah senyap tu, sy terus chow..
Cuti pon 2 hari jer bolehla sekodeng anak sekolah..




Hari ketiga, tetiba papa dia kata time balik pakai baju lain..
Ahh sudah, kencing ker..
Baru puji-pujian sikit..rupanya cikgu kata tertumpah air sampai basah baju dgn seluar..
Qayyum suka minum air, sampai 3 gelas sekali minum..
Botol air cikgu tak kasi bawa dah, hari pertama tu bawa hari kedua dah tertinggal kat tadika tu..



Dah pandai buka shoe sendiri dan susun dekat rak kasut..
Kalau kat rumah, haramnyer nak susun..main campak2 jer..
Kat sekolah pandai pulak berdikari yer..


Hari ke-empat ok, tapi hari ke-5 dah terkencing dalam seluar..
So sy dah bekalkan baju spare siap2 tinggal kat tabika tu..
Cikgu kata terkencing masa tengah makan mee sup..
Sedap sangat mee sup tu sampai tak sedar terkencing dalam seluar..


Minggu kedua punyer cerita pulak..
Mood tak berapa baik nampaknya..
Pagi2 kereta standard kata bila hantar mesti nanges..
Ntah apa yang tak kene pon tak tahulah..
Tapi bila balik tengahari nampak ok jer..
Nantila bila2 free nak call cikgu nak tanyer perkembangan budak tu kat sekolah..


Yang best sekali. hari2 ada homework..
Tapi Qayyum tu kene ada rotan kat sebelah baru nak duduk diam buat homework
Itupon keras jer tangan sampai penuh kecontenganlah paper homework dia..


Apa2 pon sy antara parent yang sangat excited tengok anak dah sekolah..
Rasa macam masa berlalu sekejap sangat..
Haritu dia kecik jer lagi, ehh sekarang dah masuk tadika dah..
Hehe..


Nanti kalo ada cerita best sy update lagi..


Sekian..
Bye..



No comments:

Post a Comment