Pages

Saturday, November 15, 2014

Nutella Puff


Assalam..


Hari tu dah lama cari puff pastry yang ready made tu..
Yang famous mestilah jenama kawan tu kan..
So far kat Bentong susah nak jumpa..


Kebetulan haritu sy jumpa kat Jusco, so beli satu..
Nak test dulu..
Sy beli yang besar, dalam tu ada 8 keping..harga dalam RM10 kot..
Lupa dah harga dia, sorry ekk.


Mula2 tu plan nak buat apple puff..
Tapi apple tak beli lagi la pulak..
Sebab dah tak sabar nak try so belasah buat letak filling nutella..
Oitt, sedap jugak tau..



Senang sangat rupanya guna puff pastry ni..
Mula2 kene defrost dulu dan biarkan sampai room temperature..kalau keras nanti patah..

Yang ni satu keping besar tu sy potong 6 so dapat 3 nutella puff..
Letak nutella dan cantumkan..
Nutella tu jgn letak byk sangat sebab nanti melimpah ruah pulak susah nak cantum..




Cantumkan lepas tu guna garfu jer tekan2 kat tepi tu..
Then sapu kuning telur nak bagi warna dia cantik..
Tapi tak sapu pon takper..boleh jer..


Sebelum bakar kene panaskan oven dulu, lepas tu turunkan suhu 180C selama 10 ke 15 minit..
Dan dah siap.
Senang giler..


Silalah mencuba..
Memang terbaik..


Esoknya tu buat apple puff pulak..
Kereta standard memang suka sebab dia suka sangat makan apple pie mcdonald tu..
Kali ni buat banyak, so boleh makan sampai puas..

No comments:

Post a Comment