Pages

Friday, November 21, 2014

Mandi Sungai @ Sg Kuali, Janda Baik


Assalam..


Dah lama tak mandi sungai..
Duduk kat Bentong ni best jugak..
Macam2 tempat jalan2 yang dekat boleh pegi..


Kalau sungai ke air terjun ke boleh pegi Chamang kat Bentong, Lata Jarum kat Raub, Janda Baik dan macam2 tempat lagi..
Nak pegi Cameron Highland dalam 2 jam jer, tapi sekarang tanah runtuh kan..tak bestla pegi tempat kene bencana..
Dekat dengan Fraser Hill, Genting Highland, dekat dengan Bukit Tinggi, Colmar Tropika dan macam2 lagi..
Kira sejak sy duduk Bentong tu dah ulang2 pegi semua tempat tu banyak kali..
Memang tak menyesalla duk Bentong tu..hehe..



Cuti hujung miggu hari tu, kereta standard bawa sy dengan budak2 pegi Janda Baik..
Dah lama tak mandi sungai..
Dr Bentong ke Janda Baik ni dalam 30-40 minit jugakla..


Sebelum tu pekena ice-cream yang famous amos kat Bentong tu dulu..
Apa nama kedai dia ntah..tapi memang famous la siap masuk tv semua..


Satu skop RM3.50..
Ntah sy pon tak tau apa yang sedap sangat ice-cream kat sini ni..
Pada kitorang biasa2 jer..
Penahla makan 2 kali dulu, dah lama sangat..
Tapi sebab malam tu baru tengok cerita Best In The World tunjuk kedai ice-cream ni terusla suruh kereta standard beli satu..



Haah..budak ni, nak conquer makan ice-cream sorang2..takmo share..
Kedekut betul..



Sg Kuali ni atas lagi dr Pulau Santap tu tau..
Kalau kat Janda Baik, Pulau Santap tu memang famous tapi Sg Kuali ni kene naik atas lagi..


Wahh, nampak jer sungai si dak Qayyum tu dah tak sabar nak mandi tu..


Memang best wa cakap lu..
Kat Sg Kuali ni ada chalet yang ala2 kampung sket..
Ada banyak jugak aktiviti kat sini macam memancing.. 
Berkhemah pon bole sebab ada kawasan tanah lapang yang agak luas tapi sy tak ambik gambar pulak kawasan chalet ni..
Untuk harga chalet, adalah RM100 per night..


Ni pon sebenarnya kebetulan jer..
Officemate kereta standard buat family day kat sini, so kitorang ni menumpang jer..
Nak tido situ cam tak berbaloi jer sebab dekat sangat dengan rumah kan..
So kitorang tumpang mandi jerlah..


Tukarkan budak2 baju, lepas tu terus turun..
Hoiii...air dia sejuk giler..macam air ais tau..
Pagi tu hujan lebat tu yang air sejuk giler tu..



Celup2 kaki jer lepas tu terus naik..
Budak Anaz ni pon celup2 kan kaki jer jugak..sejuk sangat takut demam jer..
Memang tahap menggigil tau suhu air masa tu..


Chalet ni pon kitorang tumpang jugak..
Makan pon tumpang..semua tumpang..
Ehh, mesti ada yang kata kitorang kitorang ni muka tak malu kan..
Takdela, sy bawak jugak bekal sebab dah nama nak bekelah dengan mandi sungai tapi dah orang jemput makan jadi kita makanla..
Rezeki jangan ditolak kan..
Tq Cha dengan family jemput kitorang makan haritu, lepas tu tekejut tengok Qayyum mengamuk sakan..haha


Yang diorang ni mandi sampai kecut..
Biarkan lantak..
Nasib baik tak demam mandi air sungai sejuk macam ais tu..



Sementara Qayyum dengan kereta standard mandi sungai, sy dengan Anz tukar baju siap2 dan makan bekal..


Sempat goreng mihun jer..
Jadilahkan..tapi lepas mandi sungai, Qayyum makan banyak jugak..
Lapar la tu kot..


Budak Anaz ni makan sket jer..main jer lebih..
Dia ni memang taknak makan sangat..tak tau nak bg makan apa dah nak bagi selera makan supaya makan banyak sket..

Kalau makan nasi tu adalah dalam 2 suap jer lepas tu taknak makan dah..
Susah betul..



Budak Qayyum ni macam biasa kalau jumpa pasir, memang tak sah kalau tengok jer..
Dahlah main tengah2 jalan..
Haa, biarkan lantak jer..


Overal kat Sg Kuali ni not bad jugak sebab kat sini macam tak ramai sangat orang..
Bersih dan yang paling penting chalet dia dia memang kampung habis..
Bukak jer pintu chalet terus nampak anak2 ayam berkeliaran..
Chalet dia pon macam rumah papan cenggitu dengan bilik air kat luar bilik..


Sekian..



2 comments:

  1. Mcm seronok je kat sini..bolelah masuk dlm wishlist.. :-)

    ReplyDelete
  2. Salam... tumpang tanya... toilet dia toilet duduk ke

    ReplyDelete