Pages

Friday, September 19, 2014

Colmar Tropical @ Bukit Tinggi


Assalam,


Sambungan gi Rabbit Park, lepas tu kitorang gi Japanese Tea House dulu then baru ke Colmar Tropical..
Ala, kat sini pon tiga tempat ni je yang ada pon..haha



Kat sini letih sketla sebab kene menapak naik bukit..
Tapi kitorang just jalan slow2 and enjoy the view..
Qayyum tu bersemangat sangat nampak gayanya..


Cuaca memang panas, so better bawa payung..
Cian baby kene panas..


Haa, ni lokasi wajib ambik gambar..
Qayyum tu jadi macam tu sebab kene paksa buat muka comel..
Lepas tu macam nak menangis sebab takut duduk kat batu tu..haha


Kasi kereta standard jer carry budak sebab baby ni dah berat tau..
Boleh sakit2 badan dan lenguh2 tangan dukung dia..
Kalau dulu2 masa Qayyum memanjangla kehulu kehilir bawak stroller tapi bila time Anaz ni dah malas nak bawa stroller..carrier lagi senang kot..
Tapi tengok tempat jugakla sebab ni kawasan curam lepas tu kan nak masuk hutan so carrier lebih senang..


Masuk dalam ni memang rasa aman damai jer..
Tapi kereta standard kata kolam ni buatan, bukan real punyer..
Sebab kat sebelah sana tu, ada satu kawasan tersorok sket tu ada paip air yang sambung ke semua kolam2 ni..
Sebelum tu beria2 la sy ingat semua ni real, semula jadi punyer..
Laaa, rupanya buatan tapi not bad jugak sebab cantik..


Budak ni memang pantang sket jumpa pasir..
Asal ada pasir ke batu ker, memanjang jer nak duduk bersila kat situ..
Kalau tak tegah, memang menjadi2 perangai budak ni..


Dulu rasa macam lagi banyak ikan kat kolam ni..
Ke menyorok bawah jambatan ntah..
Tapi tengok macam dah besar2 ikan kat sini..


Kat Japanese House ni bolehla berangan macam kat Jepun, boleh sewa kimono lepas tu hambik gambar sepuas2 hati..haha..
Tapi kitorang malas, cam membazir jer setakat sewa kimono tukan..
Tapi yang sebenarnya, sy teringin jugak cuma kereta standard malas nak layan..hahaha


Tema hari tu konon2 mama sedondon dengan Qayyum kaler biru, papa pulak sama Anaz kaler merah..
Layan jelah picture yang super banyak ni yer..




Tapi kat sini macam boring sketla..sebab macam dalam hutan..
Just jalan2 tengok view jer..
Budak macam Qayyum tu mana pahamla sangat kan, dia suka mainan jer tp kitorang ni cuba menerapkan nilai2 sukakan alam sekitar..cewahh..


Anaz pulak memang tido jelah..
Jaga sekejap, susu lepas tu tido balik..





Lepas tengok Japanese Garden tu, makan ice-cream then terus turun..
Turun bukit pon letih jugak..
Lepak2 sekejap keringkan ketiak..hehe


Hamboiiihh..Qayyum ni over betul sampai baring2 camtu skali..
Letih sangat gamaknya..



Masa ni dah jam 3 lebih, memang panas terik..


Kat area english building ni kalau buat fotoshoot memang cun..
Sebab semua bangunan kat sini semua cantik2 dan colorfull.





Ada clown jugak..


Dapat belon sorang satu tapi sekejap jer dah meletop..
Ganas sangat budak2 ni main..




Ni lagi satu, pantang nampak air kolam..
Mesti nak cuit2 jugak..


Masa kitorang datang ni, siap ada persembahan gymnastic dari China,
Layanla sekejap..
Tapi tempat ni macam tak sesuai sangat untuk diorang perform sebab diorang ni memanjat tinggi siap kene kain bumbung stage tu lagi..
Stage dia dah la kecik dengan rendah jer..kawasan pon xberapa luas..



Tengok show ni macam syok pulak..
Qayyum tengok orang lain tepuk2 tangan dia pon layan tepuk2 jugak..haha..


Fuiyooo..hebatla minah ni boleh lipat dua badan dia macam ni..
Lepas tu kitorang terus gerak balik..
Lebih kurang dalam 4 jam jer jalan2 kat sini..sebab macam takde benda sangat pon..
Nak makan2 pon tak menarik sangat..
Sudahnya balik Bentong makan kat kedai nasi ayam jer..


Sekian jalan2 ke Bukit Tinggi,
Terima kasih sudi baca..



No comments:

Post a Comment