Pages

Thursday, July 17, 2014

The Olde Smokehouse @ Fraser Hill, Pahang


Assalam..


Ni pon entry dah basi tapi baru terhegeh2 nak update dalam blog..
Sebulan dua lepas busy sikit, so bulan puasa ni ada banyak masa sikit nak update blog..
Takdelah banyak masa sangat, kang orang kata aku tak buat kerja la pulak kan tapi just curi2 masa waktu pagi tu..

Ni kisah bulan 5 lepas, masa anniversary sy yang ke-4..
Hehe baru 4 tahun jer..

Bila 1 May jer mestilah public holiday kan, maklumlah hari buruh..
Kitorang memang takdelah plan nak jalan2 pon, main redah jer..
Sebab kadang2 nak gi jalan2 ni mestilah habis duit banyak kan..

Sekarang ni tak boleh nak memboros sangat, sebab ada komitmen besar yang menunggu..
Nasib baikla sy duduk kat Bentong, Pahang tu..
Sebab dikelilingi oleh kawasasn2 pelancongan yang menarik dan kalau nak pergi pon takdelah jauh sangat..dan boleh balik hari jer kalau nak lebih save budget..haha..

So, back to the day on my anniversary tu..
Pagi2 tu kereta standart buat2 sakit kepala..
Saya sebenarnya memang minta kereta standard bawak jalan2 tak kisahla samada pegi Genting ker, Fraser Hill or Colmar Tropical, Bukit Tinggi..


Tapi bila dia kata sakit kepala, ishhh..kesianla plak..
Tapi sebenarnya dia psycho jer, kurang asam betullah..
Apa yang sy buat, sy pon balas psycho jugak..
Sy gerak budak2, ajak mandi, siapkan dan pakai baju lawa2..


Lepas tu cakap dekat Qayyum "cepat2, kita nak gi jalan"
Qayyum pon kemain yeayyyy lagi..
Tapi kereta standard boleh buat bodo jer..
Sy pon cepat2 siap pakai baik punyer..


Bila dah siap, siap sound lagi, "kita xder nak jalan jauh2 pon..buat apa pakai cantik2 sangat"..
Takper, sabar jer..
Lepas tu kereta standard ajak pergi pasaraya kat Bentong je..
Kat Bentong tu cuma ada TF dengan The Store jer..
Hmmmm, dalam hati sy..giler tak best aktiviti hari ni..
Tapi takper, layankan jer..


Bila nak sampai The Store, tetiba kereta standard kata "ikut awaklah nakgi mana"..
"Walaupon sy tak berapa sihat, tapi sy bawak jugak awak jalan"
Elehhh, psycho lagi..


Lepas tu semua orang pon gembira..yang paling gembira, sy la..muahahaha
Sy terusla ajak pegi Fraser Hill..


KS : "Kan dah pegi hari tu, tak best pon".."Jalan pusing2, nanti budak muntah"
Bini : "Ala, haritu lain..kali ni nak gi try makan steak kat Smoke House macam Faiz dalam cerita Makan Angin tu boleh tak"

Nasib baikla kereta standard layankan jer..haha..
Berjaya jugak trick haritu..


While papa isi minyak kereta, kitorang pon selfie berkeping2 dalam kereta..haha..
Botol tu bekas muntah Qayyum, yang ni sangat practical bagi kitorang sebab dia memang banyak kali dah muntah dalam kereta..
Tu botol soda bikarbonat biasa yang dipotong separuh, lepas tu alas dengan plastik..
Memang letak kat sebelah Qayyum jer, dia pon dah paham kalau nak muntah, mesti dalam botol..
Perut dia memang sensitive sikit, so kalau nak jalan jauh sy akan pastikan kalau boleh dia minum air kosong jer..
Nampak macam kejam kan tapi tulah kadang2 minum susu jer pon muntah jugak, susu kotak lagilah tak boleh, muntah jugak..makan nuget ke or yang berminyak2 tu pon muntah jugak..
Hari tu makan roti pon muntah jugak..
Sy rasa keadaan jalan kot, jalan kan bengkang bengkok..lepas tu papa dia bawak kereta macam nak berlumba jek..cemana la anak tak muntah..


Tapi nasib baik hari tu kereta standard bawak dengan berhemah sekali naik Fraser Hill..
Banyak yang cycling naik atas..
Tetiba sampai Fraser Hill, hujan selebat2 lebatnya pulak..
Cari2 The Smoke House tu, takde parking pulak..full..


So, kitorang pusing2 duk dalam kereta jer tunggu hujan reda..
Lepas tu baru patah balik tengok ada parking ke tak..

Bernasib baik agaknya, dapatlah parking..
Tapi bila nak masuk tu staff pompuan kat situ tak bagi masuk..
Katanya lunch hour dah close, tunggu high tea jam 4..

Dah lah masa tu hujan renyai2..
Sy pon berlari2 masuk kereta semula dengan bawak budak2 tu..
Lepas tu ada staff lelaki plak datang kat sy sebab kitorang parking betul2 depan pintu masuk tu..
Dia pon kata "puan masuklah tunggu kat dalam, hujan ni..kesian budak2"
Haaa, pandai pon bertimbang rasa sikit..
Masa masuk tu sy kasi jelingan maut kat staff perempuan kat situ..

Kebetulan kat pintu tu ada sorang Chinese lady, dia kata dia dari Singapura, tengah bercuti so saja la datang makan lunch kat sini..
Bila sy tanya sedap ke tak, dia siap bisik2 kata "the food is fare and expensive"..
Bila sy inform sy pon first time nak try tapi untuk high-tea sebab lunch hour dah habis..
Then dia kata "much better and cheaper than lunch"
Lepas tu laki dia datang and kitorang pon babai2 la..
 

So bila tengok menu..memang betullah mahal..
Tapi sebab dah ngade2 nak makan kat situ, takkan nak keluar balik pulak kan..
Mana nak letak muka, malulah..

Kereta standard kata kita lepak2 jer kat situ sampai hujan reda..
Makan yang biasa2 jer, nanti kita fikirkan semula nak makan kat mana..





Haa, pilih2 lah menu nak makan apa kan..
Kata high-tea jadi haruslah pilih teh jer..



Budak Anaz ni pon baik jer, takde meragam ker apa..
Good boy!


Interior design dalam restoran ni unikla sebab 100% old english stlye..
Macam kerusi budak ni, memang klasik habis kan..

Masa high-tea ni tak ramai sangat orang..
Ada orang tapi takdelah penuh satu restoran tu..


Macam biasa, pegi mana2 pon mesti nak ambik gambar tisu..
Haha..


Orderkan air milo air utk Qayyum..
Tapi air milo dia sedap, macam ada campur coklat..
Satu gelas RM10..mahal weii, air milo jer kott..
Nasib baikla sedap..

So set high-tea ni ada satu teko air teh, dua biji scone, 3 slice kek dan satu slice pastry yang berharga RM45.00 or RM49.00 la lebih kurang..
Sy pon ingat2 lupa harga dia..
 


Eksen jer ni, buat2 macam best sangat..



 Masa sy makan, kereta standard jagakan budak kecik ni..


Masa ni kelakar..
Kan dah orderkan air milo untuk Qayyum tapi dia bukannyer nak minum air dia tapi sebuk nak teh jugak sama macam mama..
Lepas tu asikla menjerit2 suruh tambah gula la, suruh tambah susu la, tambah teh lagi la..
Semua suruh tambah..seronok sangat main air teh tu..
Kalau tak minum siap sambil sy jeling2 kat dia..
Memula ingat dia nak main2 jer tapi dia boleh minum sampai dua cawan air teh tu..
Ish-ish..lepas tu siap habiskan 2 ketul kek butter yang keras tu..
Lapar gamaknya, sian anak sy dah petang tak makan2 lagi..


Lepas dah habis high-tea, kitorang pon melawat sekitar restoran ni..
Tempat ni besar jugak. ada bahagian makan kat luar tapi sebab hujan bahagian tu close la..
Kerusi meja semua dah basah, lagipon memang open air, xde payung semua takde..


Ambik2 gambar dulu buat kenang-kenangan..
Lepas ni memang tak datang dah..
Cukuplah sekali..


Walaupon bila tengok pengacara makan angin si Faiz tu makan sedap jer, lupakan jelah hasrat nak repeat makan kat sini lg..
Pada sy tak berbaloi sebab mahal, tapi kalau banyak duit sangat pon xmo datang dah..
Tapi maybe boleh try The Smoke house kat Cameron highland plak lepas ni..
Sebab katanya lain2 management..mana lah tau kot lagi sedap sket dr Fraser Hill ni..


Lagipon Fraser Hill ni kecik jer dan tak banyak sangat tempat menarik..
Tu yang tak ramai sangat orang nak datang sini compare tu Cameron Highland..

Ok, sampai bertemu lagi the Smoke House Fraser Hill..
Dan misi hari tu telah bejaya..
Dapat jugak makan kat tempat ni walaupun tak seperti yang diharapkan..
Jadilah kan daripada xder langsung..


Hadoii la gambar ni..
Henfon dah canggih dah tapi ambik gambar gegar2 pulak..
Maafkanlah sy..hehe


Lepas tu kitorang pusing dulu Fraser Hill ni sebelum gerak balik..
Ni baru kali kedua la datang..
Lepas ni lambat lagi la nak repeat datang sini sebab kereta standard kata macam dah bosan jer..hehe


Menara Jam ni adalah lokasi wajib ambik gambar tiap kali naik Bukit Fraser..
Kali ni suruhla sapa2 yang dekat situ tu tolong ambikkan gambar..
Nasib baik cun, terima kasihla pada encik yang menolong tu..

Three of us, selfie lagi..
Qayyum tak memberikan kerjasama nak selfie..

Lepas tu dah takde orang nak tolong amikkan gambar, jadi kita selfie..
Sy suka gambar kat atas tu, memula ada Anaz kat tengah lepas tu tengah2 nak selfie ni dia sibuk nak turun..
Tetiba eh Anaz dah takde..haha
Dapatla selfie berdua-duaan..ntahahapa2 la kan..

Budak Qayyum ni macam biasa lah..
Kemain seronok lagi melompat-lompat, panjat sana sini..


Kat tepi ni ada restoran makanan melayu..
Ajakla Qayyum tengok frog, tapi dia takut nak pegang..
Bila tengok dekat2 rupanya tabung katak dengan kura2 sebab kat atas tu macam ada lubang duit syiling..


Lepas tu kitorang pon turun dan misi seterusnya adalah misi cari tempat makan pulak..
To be continue...

Buibui..

No comments:

Post a Comment