Pages

Wednesday, July 16, 2014

Shopping Raya @ Sogo


Assalamualaikum..

Salam Ramadhan yang ke-17..
Sekejap jer masa berlalu kan, dah nak dekat raya..
Enam hari jer lagi kerja lepas tu dah boleh cuti yeayyy..

Alhamdulillah, persiapan raya ala kadar jer tahun ni..
Sama jer kot macam tahun2 yang lepas tu..
Baju raya sedondon dah tempah, sebab hantar taylor kat kampung so belum ambik lagi..
Cuma nak tambah belikan baju jalan untuk budak2 jer..
Kuih2 raya kang beli kat kampung jer sbb tahun ni balik raya kat Sg Besar dulu then raya ke-3 baru balik Temerloh.



Hari Isnin lepas sy  siap ambik cuti sebab nak shopping baju budak2 kat Sogo..
Kalau dulu office dekat bolehla keluar2 time lunch hour tapi sekarang dah jauh terpaksalah ambik cuti..
Kalau weekend mesti ramai orang kan, bila dah padat sangat memang tak sanggupla sy..

Kebetulan ada sale kat 7th floor..
Dapatla jugak 5 pasang sorang..
Lepas tu ingat nak turun tengok kat children floor..


Homak oiii, ramainyer org..
Masa kat atas td tu takderla ramai sangat..
Terus tak jadi nak tengok2 floor ni..


Lepas habis Sogo terus nak gi Jalan TAR, nak cari tudung raya plak.
Jalan2 kat area perfume, terpengaruh plak dengan sales person dia..


Memula taknak beli pon sbb rasa macam dah over budget jer ni..
Tapi tulahkan, kalo dah perempuan ni memang cepat terpengaruh..
Nafsu2..
Lalu, walaupon hati kata xnak tapi mulut terkata nak pulak...
Akhirnya terbeli la pulak..
Kira macam ni perfume raya lah kiranya..


Tapi sy takdela beli couple set macam kat picture atas tu..
Gambar macam gempak jer kan..hehe


Sy beli couple perfume dgn harga RM399 tapi bukan yang set..
Yang best sekali, katanya last day promotion so sy dapat 4 mini perfume 35ml dan 2 mini perfume yang 5ml free..
Yang free tu jer yang best..

Lepas tu kene marah dengan kereta standard sebab perfume dia dah banyak..
Siap sound jangan beli dah untuk dia..
Laaa, belikan perfume pon nak marah ker..

Pusing Jalan TAR sekali, dapatla tudung lepas tu terus balik..
Runsingla crowd sangat..
Sampaikan sy lupala nak cari kedai yang selalu beli shawl tu sbb dah banyak sangat bazaar utk raya..
Nasib baik pegi pagi, kalau petang mesti lagi crowd..oooi, runsing tau..
Cukuplah sekali, lepas ni memang tak pegi dah..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


2 comments: