Pages

Thursday, July 3, 2014

Gambang Safari Park


Assalam,

Dah lama rasanya blog ni terabai..
Sesungguhnya masa amat mencemburui sy..ewahh..
Pagi ni ada masa sebab datang office awal jd boleh update, kalau takde masa maka lambatla lagi dapat update blog ni..

Sebenarnya ada banyak entry dah letak dalam draff tapi cuma tak sempat nk buat karangan jer..
Kiranya memang banyak entry yang tertungak lah..

Dah 5 Ramadhan..
Semoga tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya..
Masih belum terlewat nak ucap selamat berpuasa pada semua kawan2 diluar sana..

 
Back to the blog, beberapa bulan lepas, sy dengan family inlaw sy berkesempatan gi jln2 kat Gambang..
Sy memang tak pernah datang sini, first time la kiranya kan..
Kereta standard dah pernah pergi kursus tapi tu kursus jer..tak masuk pon safari dengan theme park dia.

Kebetulan abang long kereta standard beli dan dapat harga yang murah sikit masa dekat Matta Fair, tu yang kitorang pergi sekeluarga.


Check-in jam dua petang..
Nama hotel dah lupa la plak. tapi pakage include apartment with 2 room, breakfast for 4 person and kene pilih either nak theme park or safari park for 4 pax.


Bila tengok ada pool, kereta standard terusla plan kang petang nak bawak budak2 pegi pool. lepas tu sebelum check-out kene mandi jugak lagi sekali..
Qayyum mesti gembira berganda2 nih..



Ni la hotel tu..kat sini ada banyak hotel..
Pilih jer yang mana berkenan..
Tapi hotel ni, breakfast best giler..
Macam2 ada..
Yang best sekali ada wafel..tapi masa breakfast tu xambik gambar sebab Qayyum asyik moody jer..
Tak tahu la kenapa dengan budak tu, penat sangat kot..


Instead of theme park, kitorang pilih Safari park..
Tapi letih giler dalam ni, dengan cuaca yang panas membahang memang basah lencun ketiak woo..
Lepas tu lupa plak nak bawak stroller dengan carrier. Budak Qayyum tu pon xlarat nak jalan sampai tertidur2..
Kesudahannya berdukung jer..memang letih weii..
Boleh turun 3 kilo camnih pusing2 safari park ni jer..
Layankan jelah gambar yang banyak ni yer..


Safari park ni ada beberapa bahagian. Ada african dan asia.
Bila budak yang guide cakap asia jer, kene boo..
Hahaha..sapa nak tengok lembu kambing semua kan..
Tapi budak yang guide tu siap explainla, safari ni kan dikunjungi oleh foreign, so tu yang ada binatang asia jugak tu..




Qayyum memula teruja la, lepas tu pengsan..
Anaz pulak, awal2 lagi dah pengsan..
Kita akan dibawa menaiki shuttle bus mengelilingi bahagian haiwan2 yang karvivor macam harimau dan macam2 binatang lagi tu..
Xde orang jalan kaki yer dalam ni, innalillah la kene ngap..haha..


Layankan jer semua binatang2 ni yer..






Haa, tengok..tadi memula jer excited..
Lepas tu dah pengsan..
Nasib baik tak berebut nak peluk..
Kalau datang ngada2 budak Qayyum ni, memang berebut dengan adik nak peluk..


Tak masuk pon theme park, jadi kiter tengok dari jauh jer la..
Sebab kat hotel dah ada swimming pool so kita mandi pool jer..




Pagi lepas jer breakfast tu, kitorang bawa budak2 mandi pool..
Tengok jelah Qayyum tu, kemain gembira lagi main air..



Lepas tu yang tak tahan tu sibuk nak berebut pelampung dengan baby..
Memangla tu pelampung dia dulu tapi sekarang dah tak muat dah nak oii..
Tapi budak Qayyum ni bukan paham, nak jugak..
Terpaksala adik dia mengalah..


Sampai terbalik2 pelampung tu, nak jugak masuk..
Sy malas nak basah2 ni..biar jer kereta standard yang layankan budak2 ni..
Tapi tengok kereta standard macam stress jer sebab xdapat mandi pool dewasa..hahaha..
Sian..


Ada banyak lagi entry jalan2..
Nanti sy update lagi..
Selamat berpuasa..
Sekian dan terima kasih sudi baca..


No comments:

Post a Comment