Pages

Tuesday, April 8, 2014

Resepi : Meatball, Mashed Potato & Salad


Assalam,

Kadang2 bila malas makan nasi sy akan beralih arah kepada western food tp yang simple2 jelah..
Kereta standard pon sangat suka..
Qayyum pon suka meatball, mashed potato tu lagilah dia suka kan..
Jadi masak jelah apa yang laki dengan anak suka makan..


Meatball jenama Marina - goreng dengan butter 
Sayur suka hati - boleh letak salad kalau suka..carrot dengan broccoli tu sy rebus sekejap.
Mashed potato boleh tengok pada link resepi kentang putar
Tak sangka rating paling tinggi adalah resepi mashed potato ni
Tapi gravy dia sy ubah sikit sebab sy nak gravy yang pekat..
 

RESEPI GRAVY @ SOS KENTANG PUTAR

Bahan-bahan

  • 2 cawan air jer
  • 1 kiub ayam maggi
  • 1 biji bawang besar - cincang 
  • sedikit carrot 
  • sedikit saderi
  • sedikit butter
  • 1 sudu besar tepung gandum - bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu black paper sause
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap ikut suka..kalau nak gelap, bubuh banyak sikit

Cara-cara
  1. Tumiskan bawang, carrot dan saderi sehingga layu ..
  2.  Masukkan kiub meggi dan air lepas tu blend halus semua bahan
  3. Masukkan semula ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki), black paper sause dan sos tiram. Kacau sebati. Kemudian masukkan black pepper.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.

Dah lama dulu, sy ada tertengok jalan2 cari makan so ada tunjuk cara sorang chef ni buat gravy utk black paper stick..instead of rebus bahan dan buang semua bawang tu, cara chef tu adalah blend..
Dan hasilnya memang tak mengecewakan..


2 comments:

  1. Skrg dah ada jual serbuk utk mash potato tu kat bakeri. Tp x pernah try lg

    ReplyDelete
  2. Skrg dah ada jual serbuk utk mash potato tu kat bakeri. Tp x pernah try lg

    ReplyDelete