Pages

Friday, February 21, 2014

Lepak2 at New Starbucks Branch @ Gohtong Jaya


Assalam..


Kat area Gohtong Jaya tu dah ada new Starbucks branch tau..
Baru jer buka kat sebelah Petron tapi yang petrol pump tu belum operate lagi..
Hari tu sy pon gatal2 ajak kereta standard gi try melepak kat situ..
Kitorang berdua-duaan jer, anak2 kat rumah pengasuh sebab masa ni hari bekerja..


Best ooo sebab takde orang, masa tu cuma ada satu couple customer dengan kitorang..
Masa sy datang ni dah dekat tengahari jugakla..
Yang paling penting internet laju wooo..hehe




Kitorang ni bukanlah peminat tegar coffee so boleh kira dengan jari berapa kali jer beli air starbuck nih..
Lagi satu mahal, orang kaya jer yang melepak kat Starbucks ni hari2..hehe



Tapi sebab tempat baru lepas tu dah lalu tiga empat kali bila balik kampung tu jadi haruslah mencuba kan..
Kitorang order air apa, lupa sudah..choc frap kot..entah, seriuos dah lupa nama air ni..
Ada choc n coffee..
Kek pulak try marble cheese cake..



Dah nama pon berdua-duaan kan jadi air dengan kek tu kongsi jer..
Air dia best sebab macam tak rasa coffee sangat lebih pada chocolate jer..




Lepas habiskan air dan kek, lepak2 sekejap terusla kereta standard hantar gi lrt..
Sebenarnya pagi tu sy gi stamping dekat lhdn Bentong..
Runsingla pegi kat KL, tunggu jer dekat sejam..banyak kali kene pegi stamping pulak tu so sy decide utk pegi kat rumah jer..boleh masuk office lambat sikit..hehe
And kereta standard pulak dengan baik hati nak hantar sampai Gombak..
Lagilah gembira berganda2 sebab sy tak perlu naik bas..hehe




Tempat ni best jugak untuk lepak2..
Notes utk kereta standard : nanti awak gaji kita datang minum kat sini lagi ek..:)


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


1 comment: