Pages

Monday, November 11, 2013

Haagen-Dazs @ Hatten Square, Melaka


Assalamuaalaikum..


Sebenarnya dah lama teringin nak try coklat fondue Haagen-Dazs ni..
Aritu ingat nak ajak kereta standard gi KLCC tapi kesudahannya, tak pergi jugak..


Kebetulan masa jalan2 kat Mahkota Parade, Melaka last week ternampakla restoren ni..
Restoren ni terletak dekat Hatten Square, betul2 kat sebelah Mahkota Parade..
Dah penat jalan2 pusing satu Mahkota Parade tu so haruslah berehat2 sambil makan ice-cream kan..




Harganya boleh tahan jugak mahal..RM66 utk satu set..
Sebab tak pernah try lagi, jadi tak kira mahal pon nak jugak..




Ni semua benda2 alah yang ada dalam set fondue ni..
Macam2 ada selain ice-cream, brownies, sponge cake, biskut dan buah2..




Budak Anaz ni sebenarnya pampers dah bocor jadi seluar pon dah basah sikit..
Malas nak tukar baju lain jadi bogelkan sekejap sementara nak tunggu seluar dia tu kering..
Ala basah sikit dekat pinggang jer..
Alalala, cian dia tak pakai seluar..




Tada..akhirnya coklat fondue yang ditunggu2 pon telah tiba..
Best jugak celup2 coklat ni..







Tapi masa ni sy takdelah makan berdua jer dengan kereta standard tapi sekali dengan mak dan abah mertua sy..
Jalan2 gi Melaka ni pon disponsor oleh mereka tapi ice-cream tu kitorang belanja la..
Kebetulan pulak masa ni abang dengan adik kereta standard turun KL sebab nak tengok bola, jadi masa diorang takder tu kitorang just jalan2 kat area shopping complex jer..
Lagipon kereta standard tak tahu sangat jalan2 kat Melaka tu, takut sesat..





Kereta standard dan sy bersetuju bahawa rasa ice-cream Haagen-Dazs ni  biasa2 jer..
Baskin Robin lagi sedap berpuluh2 kali ganda..hehehe
Tapi takdelah kata tak sedap sangat, ok jer..
Plus dengan tax, harga dia dah jadi dekat RM75..
Huh!!! mahalkan..


Sebab dah cuba fondue ni maka dah takdelah perasaan nak try makan kat sini lagi..
Next time tempat lain pulak..


Mesti korang tertanya2 takkan sy bawa sorang jer anak kan..
Takkan nak tinggal pulak budak Qayyum tu..
Dia ada jer tapi dia TIDO...
Huh, memang aman la makan sebab Qayyum tak kacau..





Cian dia tak dapat makan ice-cream..
Takpe, lain kali papa blanjer ice-cream sedap ye Qayyum yer..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..


1 comment: