Pages

Thursday, October 10, 2013

Restaurant Thahara @ Kampung Pandan


Asalamualaikum..


Dua orang officemate sy iaitu Mieza (yang oren) dengan Din (yang selalu jadi driver bila keluar) dapat kenaikkan pangkat baru2 ni..
Tahniah..naik pangkat, naik gaji..semua naik..hehe

Tapi yang tak best diorang kene pindah tempat lain..
6 tahun lebih duk berjiran dengan Mieza ni, macam2 perkara yang dah kitorang lalui..
Ingat lagi tak kontroversi di bilik meeting "adam & hawa"..hehe
Itu adalah benda yang sy akan ingat sampai mati..
So lepas ni dah kurang 2 orang group member adam & hawa, sebab tinggal dua orang maka terus bubarlah yer..




Diorang berdua ni pindah unit lain tapi tak jauh mana pon..
Dari tingkat 7 turun tingkat 5 jer..
Walaupon dah tukar unit, tapi masih boleh jumpa jugak..


Disebabkan diorang berdua ni dapat naik pangkat maka diorang pon dengan baik hati belanja kitorang satu office makan kat luar..
Office sy ni tak ramai mana pon staff..campur dengan bos baru ada 17 orang jer..
Diorang ni pulak dah beberapa kali makan kat tempat ni, dan diorang kata lauk memang sedap..
Tempat pon dekat dr office, kat Kg Pandan jer..


Mieza dengan Din dah buat reservation awal2, so bila sampai nasi & lauk semua dah hidang..
Tinggal duduk & makan jer..
Restoren ni dari luar nampak macam biasa2 jer, tapi lunch hour memang penuh..


So, apa menu yang Mieza dengan Din dah sediakan untuk kami semua..jom kita terjah..hehe


1. Siakap Sweet Sour




Kuah sambal dia memang sedap, memang rasa thai betul..
Walaupun pedas sikit sampai nak menangis tapi tetap makan jugak sebab sedappp..


2.  Udang Goreng Tepung
3.  Sayur Kailan Ikan Masin
4.  Telur Dadar




Udang goreng tepung dia memang terbaikla..
Rangup dan krispy..
Ni masa taip entry ni pon sy masih terbayang2 kesedapan udang tu..
Gulp..telan air liur..hehe


5. Tomyam Campur

Tomyam dia notbad jugak, rasa lain dr tomyam yang biasa sy makan..
Yang ni rasanya dia letak santan or susu la agaknya..
Tapi agak sedap sebab tak pedas..




6. Ayam Lemon

Yang last sekali adalah ayam lemon tapi yang ni lupa ambik gambar pulak..
Ayam lemon pulak rasa biasa jer sebab sy pernah rasa yang lagi sedap dekat restoren mualaf..




Ni dak Lily, muka gembira berganda2 nak makan..






Air pulak ada jus tembikai dengan jus orange..



En Zaihan dengan Din..
Kat office sy ni kalau staff lelaki kitorang akan panggil diorang ni En..takde makne nak abang2 yer..
Rasa macam geli2 tekak jer kalau nak panggil abang..hehe






Disebabkan sy malas nak bangun jadi ambik gambar pon lebih kurang sama jer position..
Tetiba ada orang sound, "orang giler jer ambik2 gambar makanan ni"
Cis hampeh betulla diorang ni..
Takde makna gilernyer la..




Tengokla menu dia, bukan main klasik lagi..
Walaupun klasik tapi sedap..
Siapa2 yang nak try restoren ni memang most recommended


Kepada Mieza & Din..
Tahniah, terima kasih belanja makan2 ni..
Semoga lebih success di tempat baru..


Sy pun tengah tunggu turn sy ni..
Bilalah agaknya dapat keluar dari sini..


Sekian,
Terima kasih sudi baca..



No comments:

Post a Comment