Pages

Wednesday, September 25, 2013

Edisi Cik Kiah Membeli-belah - Langkawi


Assalamualaikum..


Mesti korang kata tak habis2 lagi ker cerita Langkawi..hehe
Dah habis dah, cuma kali ni sy nak story apa yang sy borong kat Langkawi..


Naik bas memang penat giler, lagi la masa nak balik tu..
Naik feri jam 11, padahal dah sampai jeti sebelum jam 9 pagi lagi..
Disebabkan orang terlalu ramai tu yang terpaksa tunggu tu..


Plan asal nak gi Padang Besar tapi tak jadi pon, sebab jalan semestinya akan jem jadi takut sampai lewat..
Bayangkan gerak dr Kuala Perlis jam 12 lebih tengahari, sampai Bentong jam 2 pagi..
14 jam dalam bus rasa macam nak tercabut jer pinggang..


Itupon bus ikut Simpang Pulai, lepas tu naik Cameron Hingland..
Sepanjang highway gerak tak sampai 80km/jam jer kot..
Stop xpayah kira la berapa banyak kali..


Sampai Cameron pon dah dekat jam 12 tengah malam, cuaca sejuk yang amat..
Qayyum dengan Anaz walaupon duduk dalam bus jer tak turun pon terus kene selsema..
Sampai seminggu pun masih tak baik2 lagi..sian budak2 tu..


Apa yang sy beli kat Langkawi?




Jeng..jeng..jeng..
Hehe..memang dari awal dah plan nak beli pinggan mangkuk..
Nasibla ada diskaun ke takde diskaun ke sy nak beli jugak..
Ni pon 3 ke 4 kali ulang alik HIG dengan Saga nak compare harga..


Untuk set corning tu kat HIG cuma ada 3 tingkat jer, tapi kat Saga ada sampai 5 tingkat..
Banyak kali jugak fikir,lepas tu nak pilih pulak yang mana satu..last2 ambik jugak yang country rose tu..


Lepas tu sy berkenan jugak pinggan square, jadi terusla beli yang shadow iris tu..
tapi ni set yang 12 pcs jer..
Sy nak beli lagi tapi bila fikirkan cemana nak angkut bawak balik  karang, terusla kata cukupla kot..hehe
Beli 2 set tu pon kereta standard dah bising2..
Nasib baik dia tak kejam sangat suruh angkut sendiri..


Pinggan corelle tu sy masuk dalam beg baju, susun baik punyer kasi muat..
Mangkuk corning tu jer yang kene angkat..




Fridge magnet ni kereta standard yang beli..
Nak buat apa ntah beli banyak2 sgt..
Harga boleh tahan mahal jugakla..yang paling murah kitorang dapat 2 pcs RM15 kat makam mahsuri..
Yang lain2 tu semua harga tak sama..
Kereta standard nak bagi kat kawan2 dia..




Ni semua coklat yang diborong kat Langkawi Saga..
Tapi tak termasuk milo tu la kan..
Beli coklat jer, semua sekali dekat RM400..
Bila kumpul2 tengok, rasa macam sikit jer..
Coklat pon dah selamat bagi pada kawan2..
Tinggal sket kat rumah dan nak bawak balik kg..





Last sekali yang paling best akhirnya dapat jugak TERbeli si epal hijau ni..
Yang ni beli kat perfume shop kat jeti jer..
Ni sebab tunggu feri lama sangatla, kan dah terbeli..

Tapi sebenarnya, dah lama sangat nak beli perfume ni tapi mahal sangat kat Sogo tu..
Yang 50ml pon rege dah RM250, apatah lagi yang 100ml..
Walaupun perfume ni dah lama tak kira, nak jugak..
Kat sini dapat harga murah sikit terusla beli tanpa fikir seploh kali dah..muahaha..


Yang versace tu mestilah kereta standard punyer..
Takkan sy punyer pulak dua2 tu, tamak yang amat..hehe
Kat perfume shop tu ada 10% diskaun untuk semua perfume kecuali yang datang dengan set..
Macam si epal hijau tu sebab ada shower gel dengan lotion dan harga yang diorang offer tu dah murah katanya maka tiada diskaun..si epal hijau tu RM274..
Versace tu pulak RM254.70 lepas diskaun 10% , lepas tu dapat free perfume kecik..


Lepas ni setahunla pulak baru beli perfume baru..
Dan sy sedang berfikir2 adakah sy kene pulun OT hari2 nih nak cover balik pelaburan yang telah dibuat di Langkawi ni..muahaha..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..


2 comments:

  1. Ho ho ho sgt menarik sumenya. Nk fm tu satu.

    Kite suke set pinggan mangkuk tu. Hr tu beli kat sogo set mangkuk tu 5 set 599.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ok sangat la tu kak sbb kira murah 100 je compare langkawi..

      Delete