Pages

Thursday, May 23, 2013

UTM Convocation - Part 2



Assalamualaikum...


Ini sambungan cerita dari Part 1 Cnvocation UTM sy..
Kalau belum baca, sila lah click SINI


Convo sy kan sesi petang, malangnya hujan turun dengan lebatnya..
Memula kan sy dah pesan siap2 kat kereta standard supaya tak payah datang tengok pon tapi dia degil..
Tetap datang jugak..memula sampai tu hujan belum turun lagi tapi lepas tu hujan turun dengan lebat giler..
Memang hujan rahmat betullah..
Lepas tu banyak drama jugak yang berlaku..hehe..




Kereta standard kata Qayyum memang sukar di kawal..
Asyik melalak tak ketahuan punca..
Dia rimas agaknya, dahla dengan ramai orang lepas tu tak selesa pulak tu..
Duduk kat situ jer, memang bosanla agaknya..




Nasib baik ada long kereta standard tolong jagakan..
Itupon tak terkawal jugak..
Bayangkanlah menunggu sy habis convo dr jam 4 petang sampai pukul 6 petang..
Long kereta standard pon datang tapi dia datang tido semalaman jer..
Ada hal sket kat Skudai..
Malam tu jugak terus balik gerak KL naik bus..




Kesian mak mertua sy, nak jugak tengok menantu dia ni convo, sampai basah2 kene hujan..
Masa ni memang hujan tengah lebat..
Orang pulak memang ramai..
Dewan dah penuh, terpaksa tengok dekat luar jer..




Bila keluar jer dewan, orang dah la ramai..
Line pulak sangatla bizi, nak call dan nak sms semua reject..
Setengah jam juga tunggu sy memang tak jumpa kereta standard..


Dia kata dia tunggu kat depan dewan..
Sy mula2 dah keluar ikut pintu sebelah tepi, lepas tu sy masuk balik ingatkan boleh keluar ikut pintu besar..
Sekali tak boleh pulak..laluan khas vvip katanya..
Terpaksa berhimpit2 nak keluar semula ikut sebelah tepi sebab masa tu masih ramai lagi orang yang nak keluar dewan..


Dengan hujan yang masih lebat tu, terpaksa jalan perlahan2 kat celah2 orang ramai tu..
Takut jugak terjatuh tergelincir ke apa ker..
Dah sampai kat depan tu xder pulak diorang ni..
Tunggu punyer tunggu kat depan tapi still tak jumpa jugak kereta standard..


Bila dapat call dia suruh pegi kat kereta kat tempat lain pulak..
Dia dah hangin suruh cepat2..
Sy pon stress jugak, orang dah la ramai ni, dengan penatnya..dia pulak bising2..


Lepas tu sy nampak tempat untuk ambik gambar studio..
Sy pon selamba je register..
Call kereta standard sy suruh dia balik dulu, karang lagi sejam baru jemput sy..
Hahaha..degil tak degil..
Nak jugak ambik gambar studio, dengan orang ramainyer..
Masa tu baru nombor 50 sedangkan number sy 125..kene tunggu lagi 45 minit ke 1 jam..
Tak kira, degil punyer pasal, tunggu jugakla walaupon lambat lagi..


Masa tengah tunggu tu, barulah jumpa kereta standard..
Qayyum nampak jer sy terus nak berdukung taknak turun2..
Lepas tu nampak budak2 pegang belon dia pon nak belon jugak..
Melalakla bersambung2 nakkan belon tu..
Dah petang2 mana ada orang jual belon lagi..




Yea..dapat bunga..
Thank you husband..
Kereta standard macam nak marah sy tapi tak jadi nak marah..
Memula dia suruh cancel jer gambar studio tu, sebab lambat sangat nak tunggu..
Anak dahla meragam jer..
Sy pulak keraskan hati nak tunggu jugak, pedulik hapa sy..
Nak taknak terpaksa jugak diorang semua tunggu..
Hewhew..degilkan..




Masa ni qayyum memang taknak lepas, nak dukung jer..
Sy pulak dahla letih..mana larat nak dukung dia lama2..
Kene berdiri pulak tu..
Kasut dia ntah mana2 pegi, dia memang taknak pakai kasut..




Dekat pukul 7 petang barulah nombor dipanggil..
Memula tu sy ambik yang pakage single, sy sorang jer..
Dah kereta standard dengan mak mertua sy ada sekali, terusla sy tukar pada pakage yang ada 2 family potrait..
Harganya RM95 sahaja utk 2 keping gambar convo 8R dengan 11R dan 2 family potrait..
Nanti diorang akan pos sekali dengan gambar dalam dewan..




Ramai yang tak larat nak tunggu, dan ramai jugak yang cancel..
Sy rasa memang lambat lagi la kene Q kalau ramai yg tak cancel..




Ambik gambar kat dalam ni sekejap jer..
Q tu lah yang tak tahan, kene tunggu lama..
Tapi sebab nak jugak, tunggu jelah lama mana pon..
Nasib baik kereta standard tak marah, sabar jer layankan degil sy tu..






Memula gambar solo..




Lepas tu dua gambar family potrait..
First dengan family sendiri lepas tu dengan mak mertua sy pula..
Long kereta standard taknak masuk sekali..
Gambar2 ni bukan dr jurufoto tu tapi camera sendiri tau..
Long kereta standard yang tolong snapkan..
 

Bayangkanlah, Qayyum dengan tak pakai kasutnyer..
Nasib baik dapat cover line sikit..
Dan nasib baik jugak mood dia ok jer, xderla asyik nak mengamuk melalak masa ni..




Lepas jer ambik gambar studio, terus bergegas nak pulangkan jubah..
Jubah tu sebenarnya boleh pulangkan keesokan harinya..
Tapi malas dah pening2 kepala, kalau nak penat pon biar settle semua urusan malam tu jugak..








Sebelum pulangkan jubah, ambik gambar puas2 dulu..
Masa ni dah jam 7.30 malam..
Dah gelap gelita..
Tapi masih ramai agi orang tak balik..
Convo sesi petang memang menggelupur sikit, kene manage masa betul2..


Keluar dewan pon tak sempat dah nak ambik gambar posing2 dengan kawan2, nak baling2 topi bagai..
Semua orang rushing nak jumpa family masing2..
Tambah malang lagi cuaca hujan pulak tu..
Takpelah kan, dugaan sikit jer..


Lepas jer pulang jubah, terus bergegas ke Taman U nak ambik transcript pulak..
Sap sap soi, akhirnya settle jugak semua urusan..
Pukul 8.15 baru sampai bilik hotel..penat tak payah cakapla kan..
Rest sekejap, mandi dan solat..
Lepas tu dalam pukul 9.30 tu kitorang keluar cari makan, lapar giler sy tak makan2..
Last sekali breakfast, nasib baik makan heavy..makan nasi lemak masa tu..
Bertahanla jugak sampai petang..


Lagipon nak hantar long kereta standard balik..
Bus dia pukul 11, dia nak balik KL malam tu jugak sebab esok dia kerja..
Kitorang pulak plan nak jalan2 JPO la kononyer keesokkan hari tu..
Tapi tak singgah mana2 pon sebab kereta standard kata dia letih..
Check-out jer hari rabu tu terus balik Temerloh sebab nak hantar mak mertua sy balik dulu..


Dari Skudai nak balik ke Temerloh kereta standard pecut 170 -180 km..
Bayangkanlah gerak pukul 10.30 pagi, sebelum  jam 3 petang dah sampai Temerloh..
4 jam suku jer..
Tu pon stop isi minyak kat RNR sekali, stop kencing dua kali dengan singgah Bentong sekejap tapau lauk..


Pagi semalam kereta standard check saman, tengok2 ada dua saman speed trap..
Jumlah untuk dua saman tu adalah RM360..kereta standard terus je bayar..
Ni la padahnyer bawak laju2, nak cepat sampai sangat..
Nasib baik selamat sampai..
Lain kali sediakan duit banyak2 untuk bayar saman kalau nak bawak kereta laju2..


Sekian kisah convocation UTM sy yang lepas..
Terima kasih sudi baca..

No comments:

Post a Comment