Pages

Wednesday, May 15, 2013

UTM Convocation - Part 1


Assalamualaikum..


Alhamdulillah..convocation sy dah pon berlalu dan telah pon berjalan dengan lancar..
Walaupun dah seminggu berlalu tapi masih terasa2 lagi..hehe..
Terima kasih sangat pada kereta standard sebab sudi jagakan Qayyum yang demam dan asyik meragam jer sepanjang majlis convocation sy tu..


Kitorang gerak dr Bentong lebih kurang jam 6.30 pagi, sampai Skudai terus check-in hotel lebih kurang jam 11.30 pagi..lebih kurang 5 jam jugak termasuk berhenti makan dan rehat kat RNR..
Sampai awal bolehla rest sekejap..nasib baik dapat check-in awal..
Untuk cuti convo sy ni cuma mak mertua sy jer yang ikut..
Raptai convocation start jam 2 petang..






Majlis raptai habis dalam jam 4 lebih, lepas tu kene ambik jubah pulak..
Mak oii, punyerla ramai orang beratur..
Sebab malas nak beratur punya pasal, sy dengan kawan sy lepak2 sambil makan2 dulu kengkonon nak tunggu sampai orang tak berapa ramai..tapi makan pon sedih jer, makan pau 2 ketul..
Kat cafeteria UTM tu macam takde jual makanan pulak..junk food banyakla..
Last makan masa kat RNR pagi tu, memang kebulur la..


Tunggu punyer tunggu tapi sampai kesudahnya ramai jugak orang yang Q nak ambik jubah..
Sebenarnya sy tak perlu nak beratur pon, ibu mengandung boleh terus jer pegi ambik, tak payah nak beratur2 bagai..yelah tak tau kan..
Kalau tahu, awal2 lagi dah balik..
Dah la lapar masa tu, sempatla hello2 kat kereta standard suruh tapaukan nasi goreng dulu..
Kereta standard dah keluar jalan2 cari makan sebelum jemput sy..


Convocation sy pada hari Selasa tapi sesi sebelah petang, start pukul 2 petang tapi pukul 12.30 dah kene ada kat UTM..
Disebabkan Qayyum demam, sy pesan kat kereta standard tak payah datang pon tengok convo sy tu..lagipon bukannya best sangat..dengan orang ramai, takut rimas jer..
Nak tunggu habis tu pon tak tahu pukul berapa nanti..
Sy tak kisah pon diorang tak datang tengok, ada anak kecik ni memang payah..




Ni coursemate sy..gambar ni diambil sebelum kitorang pakai jubah..
Yang sebelah kiri tu Annie, yang sebelah kanan sy tu pulak Zura..
Kitorang start kenal masa sem 1, alhamdulillah kitorang memang selalu ambik subjek yang sama sehinggalah grad pon sama2 jugak..
Terima kasih sudi jadi kawan sy sepanjang empat tahun ni, sama-sama bantu menbantu buat assignment dan sebagainya...
Tahniah untuk korang jugak..


Mari layankan jelah gambar sepanjang konvocation sy ni yer..
Sebenarnya sy tak bawak camera besar, lupa nak cas masa malam tu..
Pagi tu pon tak teringat nak cas bateri, kesudahannya cuma bawak camera kecik yang dah season tu..
Tapi camera tu bila kurang cahaya memang gambar gegar..


Semua gambar ni kebanyakkan sy copy dr facebook Annie..
Thanks Annie sebab rajin ambik gambar kite banyak2..
Kite copy yer, mintak halalkan tau..hehe..




Yang tudung merah tu Yazlita, dia ni dulu office-mate sy, tapi sekarang dah bertugas kat tempat lain..
Tapi kitorang still jumpa2 jugak dan hello2 selalu..
Sy ambik keputusan sambung study dulu pon sebab dia la jugak, cuma kitorang tak sama course..
Dia ambik Pengurusan Teknologi, sy pulak ambik Pengurusan Pemasaran..
Walaupun dia sambung belajar dulu dari sy tapi tak sangka jugak kitorang dapat grad dan konvo sama-sama..


Sementara menuggu untuk berbaris, lepak kat khemah ni dulu..
Nasib baik ada kipas, sejukla sikit..
Tak kuasa nak berdiri berpanas2..












Sy beria la beli contact lens semata2 untuk nampak lain di hari konvocation ni..
Hehehe..mengada2 betul kan..
Untuk pengetahuan sy tak rabun dan takde masalah penglihatan pon..:)




Yang lain2 ni pon course-mate jugak..






Wajah2 yang penuh dengan kegembiraan..
Penantian selama 4 tahun rasa macam sekejap jer..
Eh, tiba2 kitorang dah habis belajar ker..
Dah konvo pon..hehe
Tapi masa first year tu memang hazabla nak tunggu habis lagi 4 tahun..hehe




Merekalah kawan2 susah senang sy membuat assingment dan group project..
Sebenarnya ada ramai lagi, tapi ada yang tak dapat join konvo ni..
Kalau lagi ramai mesti lagi meriah kan..




Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kerana urusan konvocation sy ni dipermudahkanNYA..
Akhirnya baby pon dapat konvo juga sama2 dengan mama..hehe..
Nasib baik ok jer, takde pulak tetiba sakit nak bersalin ker apa masa kat sana walaupun waktu ni dah 37 week ++..




Dalam jam 1 petang tu, semua mahasiswa dah kene start beratur sebelum masuk dewan..
Beratur ikut fakulti dan ikut abjad nama..
Masa ni sy dapat duduk kat kerusi kat depan ni..
Yelah ibu mengandung dapatla pengecualian..bukan sy sorang jer yang mengandung..
Ramai jugakla, tapi sy tak kira pulak berapa orang..


Tapi masa menunggu ni memang berpeluh basah lencunla, dengan berjubah tebal tu dahla takder kipas..
Sedangkan sy yang duduk ni pon panas apatah lagi kawan2 sy yang kene berdiri tu..cian kat diorang..
Bawak bekal air mineral satu botol kecik jer, belum masuk dewan dah habis minum..
Akak mengandung yang kat sebelah sy tu kata dia tak berani nak minum banyak2 sangat takut nak kencing pulak bila masuk dewan nanti..
Sy tak terpikir pulak pasal nak kencing tu..yelah, bila dah masuk dewan mana boleh keluar dah..kene tunggu majlis habis baru boleh keluar..
Malas nak pk, lantakla situ..
Walaupun ada rasa nak kencing tapi sy tahankan jelah..




Ni gambar kat dalam dewan, ambik gambar dr Annie juga..
Kitorang terpisah jauh sebab nama dia huruf Z..cian Annie..
Tapi nasib baik sy dengan Zura dapat duduk sebelah2 jer..




Sebenarnya majlis convocation ni tak best pon..
Bosan giler kot..
Nak tunggu turn diri sindiri naik atas pentas tu dah sekian lama, lepas tu nak tunggu majlis habis tu pon sekian lama jugak..
Sakit2 dan lenguh2 jugakla pinggang kaki sy semua duduk lama sangat..lagi2 dengan keadaan diri yang mengandung..
Bayangkanlah, ada lebih kurang 1400 orang mahasiswa..
Start mahasiswa degree, sambung pulak yang diploma lepas tu sambung pulak kolej kerjasama..
Memang lama giler lah..
Tapi alhamdulillah, ia satu pengalaman yang tidak dapat sy dilupakan sama sekali..




Keluar jer dewan dah dekat pukul 6 petang..
Sekali hujan lebat giler..
Rupanya kereta standard dah datang tunggu start pukul 4 lagi..
Kan dah kata tak payah datang..
Tapi dia kata mak dia paksa datang, kene tengok jugak sy konvo..
Tapi kesian sebab kene duduk kat khemah luar, dewan dah penuh walaupun ada pass masuk..
Hujan turun dengan lebat pulak tu..


Panjang lebar sungguh cerita convocation sy ni kan..
Ada banyak lagi sy nak cerita..
Gambar juga ada banyak nak tepek dalam blog..
Cukuplah setakat ni dulu kot..
Nantikan sambungannya dalam bahagian 2..haha..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..



No comments:

Post a Comment