Pages

Monday, May 13, 2013

Ulang Tahun Ke-3


Assalamualaikum....


Hari ni 13/5/2013, sy baru masuk office setelah dekat 2 minggu bercuti..
Kandungan dah nak masuk minggu ke-39..Tapi masih takde tanda2 nak bersalin jadi sy pon gamble jelah datang office..
Dah warning kereta standard siap2 kalau apa2 berlaku, tetiba sakit perut ker apa, dia kena ambik sy kat KL..hehe..


Last check-up hari Khamis last week, doktor kata baby masih floating, kepala baby belum lock lagi..
Dapatla mc dua hari..sambung pulak cuti sabtu ahad..bosan sebenarnya duduk rumah..
Tu yang hari ni masuk office..
Tapi kerja menimbun, rasa menyesal pulak datang office..hahaha..
Tetiba esok ada internal audit pulak, jadi macam2 kene buat..mana2 kerja yang pending tu terpaksa la kene clear..


Sy ada banyak entry tertunggak nak update dalam blog..
Kat rumah memang tak sempat nak pegang laptop, dengan adanya budak Qayyum tu kerja dia asyik nak menyebok jer..
Kat rumah sy memang malas nak update guna laptop, layan tv lagi best..
Jadinya, free time masa lunch hour kat office ni lah masa yang sesuai untuk sy update blog ni..hehe..

1 May lepas merupakan wedding anniversary sy dengan kereta standard yang ke-tiga..
Baru tiga tahun uols..banyak lagi rintangan dan dugaan yang perlu ditempuhi ni..hehe




Kitorang nikah 1 May 2010, kenduri sebelah sy 7 May dan kenduri bertandang sebelah kereta standard pulak buat bulan Julai sebab masa tu clash dengan exam sy..


Alhamdulillah, sy dapat seorang suami yang baik hati dan boleh bertolak ansur..setakat nilah..huhu..
Walaupon sy ni degil dan keras kepala (terbocor rahsia pulak..hehe) tapi kereta standard masih boleh  menerima sy seadanya..
Sy harap ikatan perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat, semoga keluarga kami dimurahkan rezeki, dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah dan dijauhkan dari perkara2 buruk..




Sebenarnya untuk anniversary yang ke-3 ni memang takde celebrate pon sebab banyak sangat perkara yang merunsingkan kepala..
Pada masa tu sy cuma berharap dan berdoa supaya sy dapat pergi konvocation kat Skudai jer..
Hadiah pon xder beli sebab budget semua untuk konvo..
Alhamdulillah, nasib baik baby sangat baik dan mendengar kata..konvocation sy juga ok walaupon tak berapa nak lancar sangat sebab Qayyum demam pulak masa tu..nanti sy blog pasal convo ok..




Malam tu kitorang just keluar makan2 dekat SR Bentong jer..
Masa tu sebenarnya kereta standard teringin nak makan lasagna, so layankan jelah..
Budak Qayyum ni macam biasa, membuat onar kat dalam ni..
Sekarang ni dah tak reti nak duduk diam2, ada jer benda yang tak puas hati..
Sudu garfu untuk dia mesti ada, kalau takder memang mengamuk sakan..
Mengacau makanan tu pon sudah semestinya..pening kepala dibuatnya tau..
Ni baru anak sorang, dah haru biru..kalau ramai entahla..takdelah selalu bawak makan kat luar kot..hehe..




Ni air kereta standard..air apa ntah..
Dia kata tak sedap..hahaha..




Order cheese cake satu slice jer..




Yang ni sy punyer..
Choclate blended..sudah semestinya sedap compare air kereta standard tu..hehe




Budak Qayyum ni bersungguh2 makan cheese cake..
Makan takpe, jangan buat main sudah..




Kiri kanan nak suap masuk mulut ha..
Tamak haloba betul..






Makan pulak sy order Tom Yam Kung..
Dah lama tak makan tomyam kat Secret Recepi, tu yang tetiba teringin tu..




Nyumnyum..sedap..
Udang dia besar..
Tapi lambat giler nak habis makan..
Sebabnya panas + pedas..hehe




Kereta standard order spinach lasagna..
Tapi lepas tu menyesal pulak sebab tak sedap..hahaha
Sebenarnya dia nak order lasagna yang biasa tu tapi tersalah order yang spinach pulak..
Pening sungguhla lelaki ini..




Tapi habis jugak sebab sy tolong makankan..
Sy jugak yang gemok..dahla dah memang gemok, maka bertambah2 gemokla..




Alhamdulillah, dah habis makan terus jer balik..
Tak sanggup nak lama2 sebab tak larat nak mengawal budak jantan sorang ni..
Elok jer kitorang keluar dari restauran ni, hujan gerimis dah start turun..
Memang tak singgah mana2 dah, terus jer balik rumah..



Sekian,
Terima kasih sudi baca..



No comments:

Post a Comment