Pages

Thursday, April 25, 2013

Resepi - Cream Puff


Assalamualaikum...


Last week sy terlebih rajin sikit nak try buat cream puff..tak pernah buat dan tak pernah makan lagi..
Tapi bila tengok bahan2 dan resepi macam senang jer so apalagi, bersemangatla nak cuba.. 


Sebenarnya hari2 masa balik office sy lalu kat depan kedai bakery area Masjid Jamek tu..
Cream puff tu hari2 ada dan memang macam sedap jer tengok..
Kedai tu sebelah chat time, tp sebab kedai cina memang sy takkan singgah beli la kan..


Resepi : CREAM PUFF
By : Yani / masammanis

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur (100g) 
Cara-cara:-
1. Panaskan oven pada suhu 200C.
2. Alaskan dulang oven (oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
3. Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
5. Tepung gandum di ayak 

6. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
7. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
8. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
9. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  

CREAM CUSTARD
By : Honey /
masammanis
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah
Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.




Satu adunan ni sy dapat dalam 11 biji..
Masa ni sy takde alumunium foil tu, so slamber jer letak atas dulang..
Dulang pon tak sapu dengan minyak..
Derhaka dan pemalas betul kan, taknak folow resepi betul2..




Bila dah siap bakar, jadi gemok gedempol ko puff sy tu..
Maklumla first time buat kan..
Sekali bila nak keluarkan dari dulang, MELEKAT la pulak..
Sebab tu la kene lapik dengan alumunium foil..
Ceh, rugi satu puff sy sebab dah berlubang..
Yang lain tu berjaya dikeluarkan dengan berhati2..
Rupa2nya puff ni kat dalam dia berongga, dalam erti kata lain kosong jer..
Tu yang kene letak inti tu..




Siap salin resepi kat atas kertas..semangat tak..hehe
Sejak blackberry kereta standard rosak, dia pakai tab sy..dahla kedekut giler orang nak pinjam sekejap pon bising2..
Haritu terkena apa ntah sebab sy bawak gi dapur, dia punyer kecoh tu macamlah benda tu dah rosak sangat..
Tu yang salin jer atas kertas, senang nak tengok..
Cream custard buat siap2 sementara tunggu puff dibakar then masukkan dalam piping beg..



Dah siap pon cream puff gemok gedempol sy..
Tabur gula sket kat atas dia bagi cun..hehe
Sy makan 2 biji jer, kereta standard bedal 9 biji..
Memang sedap sangat ker ntah, atau kelaparan tahan gaban..


Esoknya, kereta standard suruh buat lagi..
Dia suruh buat banyak sikit, boleh hantar kat rumah pengasuh Qayyum..
Memang sedap sangatla kot sebab sampai suruh buat sekali lagi..


Esoknya tu, singgah sekejap kedai bakery, maka ternampaklah nozel icing..
Ni yang last terusla ambik..walaupon tak pernah dan tak reti nak guna..biarkan, beli jer dulu..
Memang dasar perempuan kan..
Harganya RM39.00..tak tahula sy murah ker mahal ntah..





So, malam sabtu tu sy pon start projek cream puff..
Confident habisla masa ni sebab semalam buat menjadi kan..
Kali ni sy double adunan jadi 2 kali ganda..
Sebab kan kereta standard suruh buat lebih..




Mula2, panaskan butter dengan air sampai mendidih..
Lepas tu matikan api terus..




Kemudian masukkan tepung dan kacau cepat2..
Masa ni memang perlukan tenaga yang mencukupi nak kacau tepung tu sebab kene buat cepat2..
Lepas tu panaskan periuk semula dan kacau tepung sampai kering sikit..
Matikan api kemudian masukkan telur..


Tapi, masa ni sy tersilap sebab letak 2 biji telur jer..sepatutnya dua adunan 4 biji telur..
Dahla masa nak kacau tu terpaksa minta bantuan kereta standard sebab dah tak larat nak kacau..
Patutlah pekat semacam jer..




Ni adunan yang tak jadi tu..
Memang tak naikla puff tu sebab kurang telur..
Maka, berlakulah pembaziran..dahla penat..
Hohoi, menyesal sungguh sebab tercuai..


Lempar masuk tong sampah jelah..
Mula2 dah fed-up dah nak buat tapi alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan..
Alang2 dah buat, kene buat sampai jadi..


Bancuh lagi adunan buat kali kedua..
Kali ni suruh kereta standard yang kacau kan, sebab tangan sy dah letih dah..
Tak larat nak kacau..




Lepas letak telur, kene kacau cepat2 sampai jadi smooth dan tak berketul2..
Adunan dia akan jadi tak pekat sangat dan tak cair sangat..




Sy pon test guna nozel yang baru beli tu..
Ambik yang macam bentuk star..
Sebab dah penat, maka memang jadi agak tak semenggahla masa buat bentuk dia..
Kali ni sy cuba buat comel2 sket compare yang masa first time tu jadi gemok gedempol..
Dan kali ni letak alumunium foil, tak payah sapu minyak pon sebab puff ni memang tak melekat..




Alhamdulillah, akhirnya jadi jugak walaupon letih mengacau..
Next time kalau nak buat lagi memang kene buat satu adunan jer untuk satu masa..
Kalau larat nak kacau bolehla buat double adunan tu..
Yang cream custardnya pon kene gunakan tenaga untuk mengacau jugak..


Terima kasih sudi baca,
Sekian..


No comments:

Post a Comment