Pages

Friday, March 15, 2013

Wedding & Birthday Party


Assalamualaikum..


Semalam sy urgent leave, minggu lepas mak dengan abah ikut balik Bentong..
Sy ingatkan diorang nak tido seminggu kat umah sy..tuptup baru dua tiga hari dah menggelupor nak balik umah sendiri..
Kesian kucing tak bagi makanla, takut pokok mati tak bersiramlah..itulah, inilah..
Maka, terpaksalah sy dan kereta standard cuti gi hantar mak balik kampung..
Kitorang gerak balik Sg Besar pagi tu, makan kat kedai siap2..petang dalam pukul 3.30 gerak balik Bentong semula...
Kesian pulak kalau nak suruh kereta standard gi hantar sorang2..
Lagipon dia kata mesti bosan drive balik sorang, tu yang sy terpaksa temankan jugak tu..



Tapi entry ni bukan cerita psal semalam, ni baru nak update activity balik kampung minggu lepas..
Tujuan utama balik kampung sebab ada kenduri kendara di rumah saudara mara..
Ada dua kenduri, satu dekat jer masih kat Sg Besar..lagi satu kat Bagan Datoh, Perak..



Tapi, yang bestnyer kenduri kat Sg Besar tu diorang buat birthday party sekali..
 



Qayyum pon sibuk nak main belon..
Tapi belon tu tak boleh tiup besar2 sebab cepat jer meletop..




Meriah dan glamour kan..
Happy birthday Fatin..
Budak Fatin ni second cousin sy..kira anak sedara jugakla kan..




Budak comel putih melepak macam cino ni pon anak cousin sy..
Semangat sungguh budak ni, dan terserlah perbezaan kulit yang agak ketara disitu..
Qayyum masa ni kusyuk sungguh makan candy..
Kereta standard pon macam dah gemok kan..
Bukan macam lagi, dah memang pon..hehe




Ada macam2 jenis kek..
Walaupon sy dah kenyang melantak nasi arab tapi tetap jugak nak makan kek..




Yang ni red velvet cake, first time kot sy rasa..
Mula2 macam takut jer nak makan, kek tu merah sangat..




Seterusnya rainbow kek pulak..
Yang ni pon first time rasa jugak..
Kek ni cantik sebab colourful..
Kedua2 biji kek ni dibuat oleh sepupu sy jugak..dia meniaga kot..




Sempat makan sikit jer, lepas tu terus bawak lari pinggan masuk kereta..
Haha..buruk perangai betul..
Sebabnya, nak mengejarkan kenduri yang lagi satu dekat Bagan Datoh tu..


Kat dalam kereta dah jadi huru-hara pulak..
Bila Qayyum nampak jer, dia pon sibuk jer nak makan kek jugak..
Sampai  tergolek2 kek kene tudung nenek..
Kesian nenek..



Sekian..


No comments:

Post a Comment