Pages

Thursday, March 7, 2013

Pizza Hut Delivery yang HAMPEH!!!


Assalamualaikum...


Semalam ada last day promotion utk 3 regular pizza hanya RM38 dari PizzaHut..
Tanya2 officemate sapa nak makan pizza, kitorang tong2 la..
Makan sorang mana larat beb..banyak tu..
Bersemangat betul..


Dekat 15 minit sy call 1-300-88-2525 tu barula ada staff yang entertaint..
Line sgt busy harini katanya..
Sekali kene take away SAHAJA la pulak..maknanya order kat kedai atau order melalui phone tp kene ambik pizza tu kat kedai..atau order melalui online..


Lagi satu choice dia kasi, order melalui PHD..
Semangat punyer pasal, call jugak PHD 1-300-82-2020..
Yang ni pon dekat 15 minit jugak tunggu..
Masa ni jam menunjukkan 11.20 pagi..





Bila PHD mintak no fon utk pengesahan, owh..dah ada rekod sy rupanya..
Nampak sangat selalu order delivery kan..
Takdelah, baru dua tiga kali jer rasanya..
Bab order mengorder ni sy memang semangat sket..heheh..


Ada 3 flavour sahaja iaitu hawaiian chicken,  beef pepperoni dengan supreme island..lebih kurangla kot menu dia..cam tak berapa clear dia sebut..belasah jelah..
Dia kata SETENGAH jam sampai..
Kalau tak sampai setengah jam, jagalah korang..
Sy memang ada rekod buruk dengan PHD neh..
Haritu kitorang order 7 large pizza utk makan2 satu office, dekat 2 jam baru sampai..hangin betullah..
Last2 sy suruh jer budak delivery tu balik..
Sebab apa, lambat tu dah satu hal..order pukul 2.30 ptg, pukul 4.30 baru sampai..
Officemate pon dah ramai yang balik..tak bestla pulak nak makan tapi ramai yang takder..
Bila tanya kenapa lambat boleh pulak dia buat muka blur2..
Rasa nak lempang jer..
Tapi, kene la control ayu kan..pecah rekod pulak karang sy lempang orang..hehe..


Ingatkan kali ni on time la..
TAPI, sejarah lama berulang kembali...
Lepas ni memang sy PANGKAH terusla PHD ni..
Buang masa jer tunggu..


Pukul 12 tengahari sy follow-up call tanya kata setengah jam..mana pizza tak sampai2 pon..
Staff tu kata budak diorang dah keluar hantar..
Ok takper, sy tunggu jelah..malas nak call dah..


Lunch break tak keluar makan pon..yang diorang ni bantai tido..
Sy pulak siap layan citer "Istanbul Aku Datang"..dari mula sampai habis tapi still tak sampai2 lagi makanan ni..hoii, hangin betul betullah..dahla lapar ni..
Lepas tu, kawan sy Mieza kata dia nak call semula PHD..nak CANCEL order..baik order nasi goreng kat kantin lagi baik dr tunggu pizza yang tak muncul2..


Jam 2.30, Mieza call..dia pon bising2 apehal tak sampai2 lagi..
Dah tiga jam dah..kat KL jer pon, takkan sesat sampai tak jumpa2 office neh..
PHD minta maaf sebab lambat sangat, so dia promise bagi baucer..
Ceh, baucer jer..ingatkan ada makanan free..
Staff tu kata tunggu dalam setengah jam lagi..
TUNGGU lagi...
Berapa lama nak tunggu daa..


Tapi kitorang ni bersabar jelah..
Tepat pukul 3 petang, masih xder pizza yang diharap2kan..
Sy pon call semula..
Masa tengah call tu sy dapat receive call dr budak penghantar pizza tu..
Dia kata dah sampai bawah, then sy suruh naik tingkat 7..
Beria2 kata dah sampai depan lift..sy pon keluar tengok..
Takder pon..sy tanya dia kat mana..
Dia kata kat sini la Telekom..
Sy syak budak ni mesti pergi TM JRC kat seberang jalan tu..
Sy kata bangunan yang sebelah sini..salah pulak..
Lepas tu dalam sepuluh minit dia call semula kata guard tak kasi masuk..
Apehal pulak guard tak kasi masuk..
Sy suruh tunggu ikut pintu depan..
Lagi 5 minit dia call semula tiba2 perempuan pulak yang jawap call..
Musykil sy, rupanya budak ni dah pegi TMPoint Muzium pulak..
Sengal betul..naik hangin sy la..


Sepuluh minit lepas tu baru sampai..
Cari office pon tak jumpa..
Yang tak boleh belah tu, muka masam mencuka..
Bagi pizza pon sampai terbalik2..
Lepas tu sy sound la "takkanla cari address tak jumpa nak marah2 sampai terbalik-baikkan pizza"
Sepatutnya sy la yang marah tunggu dah empat jam..
Dia boleh buat bodoh jer..


Lepas tu satu hal lagi takder duit tukar pulak..
Terpaksala sy cari duit cukup2 jer..
Sakit hati betullah..nak makan pizza jer pon..




Akhirnya kitorang makan pizza ni dalam pukul 4 petang..
Masuk angin dah perut sy..
Sorry la, lepas ni takder makna sy nak order dah PHD neh..




Pizza pon dah sejuk masa ni..
Tapi makanla jugak kat pantry sambil gosip2..hilangla sekejap sakit hati..




Kitorang dapat 5 baucer free bila utk next purchase..
Cehh, tak hingin dah makan kat PHD neh..



Kalau tengok kat resit dia, siap ada printed lagi bawa baki..
Dan ada 2 complaint lewat..
Teruk tak teruk..


Terima kasih sudi baca..
Sekian..



No comments:

Post a Comment