Pages

Wednesday, March 13, 2013

Mee Ketam - Batu 23, Sg Nibong


Assalamualaikum..


Sambung balik cerita balik kampung minggu lepas..
Hari Jumaat lepas tu tak lunch pon..
Bayangkanlah betapa laparnya perut sy..
Nasibla sebelum tu dah makan cendol pulut kat Cendol Bakar, kira oklah sikit..


Lepas tu kene pikir pulak kitorang ni nak makan apa? nak makan kat mana?
Sy decide kita makan jer kat Batu 23, Sg Nibong..
Kereta standard pon ok jer, then kata bolehla dia makan satay..
Kitorang dah pernah makan kat sini dulu..
Dah blog dekat SINI dan SINI..




Kitorang sampai dalam pukul 6.30 la lebih kurang..
Lengang jer..tak ramai sangat pon yang datang makan kat sini petang tu..




Kereta standard order satay ayam 20 cucuk dengan nasi impit 3 ketul..
Satay kat sini boleh tahan sedap jugak..
Harga pon ok, ayam dia besar jugak lepas tu takderla banyak kulit sangat..
Selalu makan satay tu, kulit mesti ada kat setiap cucuk tu..
Kereta standard siap kata, satay kat sini antara yang tersedapla dia pernah makan bila balik Sg Besar..
Tempat2 lain semua kureng..




Harganya pulak RM0.50 secucuk..
Daging harga RM0.60 secucuk, tapi masa ni satay daging belum sampai lagi kot..
Satay ayam jer ada, tapi masa kitorang dah nak balik tu sy tengok dah ada orang order satay daging..




Kereta standard muka gembira dapat makan satay..
Order 20 cucuk untuk makan, lepas tu bungkus lagi 30 cucuk untuk mak dengan abah kat rumah..
Mak pon tak masak, sebab itulah kitorang makan dulu kat luar siap2..




Budak Qayyum ni ntah berapa cucuk jgak dia makan..
Qayyum kan memang suka satay..
Kalau dulu, nak makan satay jer kener patahkan dulu lidi yang tajam kat hujung tu..
Tapi sekarang dia dah bijak, dah pandai dah makan satay ikut tepi..
Takdelah tercucuk mulut dia..




Sy pulak order mee ketam..
Dulu2 makan ketam ada dua ekor, tapi sekarang apasal ketam dia ada sekor jer ek..
Maybe sebab ketam besar kot sebab tu ada sekor jer..
Tapi sebenarnya takderla besar sangat..biasa2 jer..
Dan ketam jugak tak berapa segar..
Bila sampai jer mee ketam ni atas meja, maka datanglah dua tiga ekor lalat escort..nampak sangatla kan tak berapa nak fresh..




Tapi sebab lapar punyer pasal, habis licin jugak sepinggan mee ketam ni..
Kulit tu tak makanla kan..kalau lembut rasanya dah habis licin semua..hehe..
Lepas makan terus gerak balik rumah...



Sekian..




No comments:

Post a Comment