Pages

Tuesday, March 26, 2013

Bunga Kembang Fatimah


Assalamualaikum..


Setelah dekat sebulan lebih barulah berkesempatan nak rendam bunga ni..
Bunga Kembang Fatimah ni kereta standard pesan dekat kawan dia masa kawan dia pegi umrah bulan dua haritu..
Terima kasih banyak2 pada kawan kereta standard tu sebab tolong belikan..
Sebenarnya kawan kereta standard bagi 4 kuntum, banyak2 nak buat apa kan..satu pon dah cukup..
Lepas tu kereta standard kasi 2 kuntum pada isteri kawan dia yang mengandung jugak..




Sy dapat bunga yang agak besar jugakla..
Dua kuntum pon dah penuh pinggan..
Bila telek dekat2 dan cium bau dia macam bau kayu jer..hehe
Dulu masa pregnant Qayyum sy tak minum pon air bunga ni sebab tak tahu..
Kereta standard pon selamba jer, takde nak carikan pon..
Biasala lelaki, apa diorang tau kan..




Katanya air rendaman Bunga Kembang Fatimah ni berfungsi macam air selusuh untuk memudahkan bersalin..
Harap2 kalini dipermudahkan dan sy harap juga dapat bersalin secara normal..amin..




Baca bismillah dengan selawat 3 kali masa nak rendam ni..
Sy takde bekas besar nak rendam bunga ni, cari-cari tak jumpa so masukkan dalam mangkuk jer..
Tapi masukkan air sampai penuh mangkuk pon bunga tak tenggelam..
Biar jelah macam tu..




Selepas rendam dua jam sy tengok bunga ni dah kembang jadi macam gambar di atas..
Bau air rendaman ni memang sebijik macam bau air akar kayu jer..




Rasanya semua bunga dah kembang elok jer kan..
Warna air pon dah bertukar jadi coklat sikit..




Orang kata lepas rendam kita kene gantungkan bunga ni bagi kering..
Sebab dia akan jadi kuncup semula macam sebelum rendam..
Disebabkan malas nak gantung2, ampaian pon dah penuh dengan kain so sy masukkan jer dalam rice cooker..
Rice cooker sy kecik comel jer so muat2 jer bunga ni nak parking dalam tu..
Hahaha..memang dasar pemalas kan..




Lepas tu cari2 bekas nak isi air rendaman ni, tak jumpa pulak bekas air yang besar..
Kesudahannya masukkan dalam balang plastik ni..
Orang Pahang kata ini "molor"..kereta standard pon biasa sebut "molor" jugak..
Tapi bila pikir2 balik apesal sy tak rendam jer bunga ni tadi dalam bekas ni..
Kan senang, besar dan confirm tenggelam punyer..
Tapi karang tak boleh nak keluarkan pulak kan sebab lubang dia kecik..bunga tu kan mengembang..
Apa-apa jelah..


Sekarang kandungan dah masuk 32 minggu..
Orang kata biar nak dekat2 bersalin baru minum air ni..
Disebabkan sy letak air pair jer masa rendam so sy buat sapu kat perut jer air rendaman Bunga Kembang Fatimah ni..


Yang kelakarnya, sy sapula air ni kat perut depan Qayyum..
Dia pon sibuk nak tolong sapukan kat perut sy jugak..
Lepas tu dia sapu kat perut dia..
Hahaha..comel jer..



Terima kasih sudi baca..
Sekian..



No comments:

Post a Comment