Pages

Friday, March 8, 2013

BB1M Baucer Redeem


Assalam...


Last weekend kitorang balik Temerloh, petang tu singgah Mentakab Mall jalan2 sekejap..
Nampak Popular book store terus masuk..
Alang-alang dah sampai, terusla pilih2 buku..ingat nak guna jer semua baucer BB1M tu..
Sy dah pernah post pasal baucer kat SINI dan SINI..
Kat dalam ni jer dah dekat 2 jam..



Tapi, ada syaratnya..
Kene beli buku 80% dari jumlah baucer dan baki 20% utk alat tulis kalau nak redeem semua baucer..
Maksud buku adalah semua bentuk cetakan bertulis..
Then baru layak dapat lagi RM50 baucer dr Popular serta free member card..




Inilah hasil dekat 2 jam dalam Popular tu..
Sy gunakan semua RM250 baucer buku tu..
Apa yang sy beli?
Hahaha..jom kita tengok..




Macam biasa, mesti ada buku resepi..
Tapi macam tak banyak sangat choice buku resepi yang menarik perhatian sy la..
Tu yang beli sikit jer..




Yang ni pulak semua utk Qayyum..
Tetiba ada Encyclopedia pulak kan..
Yang ni tunggu besar sikit nanti boleh bacakan utk dia..
Yang ni kereta standard pilih last minute sebab nak cukupkan jumlah utk redeem baucer..
Lagi pon yang ni buku kulit nipis, kalau bagi Qayyum alamat jadi perca kertas la karang..


Tetiba, dah sampai rumah baru perasan buku FARM tu ada dua pulak..tapi dalam dia takder la sama..
Cuma ada la sikit gambar binatang yang sama..
Tak perasan pulak..tapi takpelah, dah beli pon..




Kat bahagian alat tulis pulak, sy pilih pencil warna & crayon utk Qayyum..
Saidina tu nanti nak main dengan kereta standard..hehe..
Sudoku pulak boleh main  memenuhi masa lapang karang..sy kan ada banyak masa dalam bas..
Lepas ni boleh layan sudoku jer dari tido..




Macam tak banyak sangat buku dan barang2 yang sy beli kan..tapi percayalah semua tu jer dah RM250..
Lepas tu dapat lagi gift voucher dr Popular..
Yang ni masih belum guna lagi..
Nanti2 la bila ada masa boleh pegi lagi..
Yang ni boleh beli apa2 sahaja kecuali barang makanan..
Tarikh expired redeem adalah September 2013..
Banyak masa lagi kan..




Qayyum paling suka buku yang ni..
Tapi bukannya dia baca atau tengok2 gambar tapi dia main susun2 pulak..
Apalah..


Terima kasih sudi baca,
Sekian


No comments:

Post a Comment