Pages

Monday, February 18, 2013

Padang Besar, Pekan Rabu & Mee Udang Sg. Dua


Assalamualaikum..


Hari kedua di Penang, kitorang plan nak ke Padang Besar & berkelah di Sg. Sedim, Kedah..
Breakfast siap2, dalam pukul 9 pagi terus zass gerak..


Tapi diorang ni ada pertambahan plan pulak, nak gi beli baju branded dekat kilang pulak...
Kat kilang tu jer sampai dekat pukul 12 tengahari..
Kereta Standard dapat 3 helai baju polo, Qayyum dapat satu..
Walaupun baju untuk Qayyum besar tapi beli jugak, sy pulak tak berminat nak beli..
Katanya market price RM300++..kat kilang tu boleh dapat bawah RM100..
Kereta standard sangat berpuas hati sampai dah taknak shopping benda lain..


Sampai jer Padang Besar sudah jam 2 lebih..
Perkara pertama sy buat adalah cari toilet, lepas tu mencekikla..
Lapar dah, breakfast pagi tu roti canai jer sekeping dengan air suam secawan..






Kat Padang Besar cuma ada masa 1 jam 30 minit..
Driver bas yang tetapkan masa..
Ceh, sejam lebih sebenarnya mana cukup nak shopping..
Lepak makan jer dah dekat sejam..




Tapi kat sini sy macam takde benda sangat nak beli..
Dulu dah pernah datang sekali, masa tu sy beli toto narita tu dalam RM30 jer..
Toto dah ada, takkan nak beli lagi..
Nak beli periuk belanga macam malas jer..
Lagipon dah aim nanti ada masa nak gi Langkawi nak memborong corelle..
So kat sini,  mula2 just tengok2 jer..




Sy cuma beli asam2 dengan kacang pistachio tu..
Kat sini sangat murahla kacang bijak tu boleh dapat dalam RM18 jer untuk 500gm..
Mula2 rasa macam ok jer, tapi bila balik rumah..dah makan banyak2 sy rasa kacang tu masin la pulak..





Qayyum pulak dapat senapang ni satu..
Mula2 macam tak reti nak tekan..
Lepas dah pandai..semua orang ditembaknya..


Sy dapatla jugak beli seluar 2 pasang, t-shirt 2 pasang dengan dress sehelai..
Ingat nak beli banyak lagi sebab harganya boleh tahan murahla jugak..tapi kereta standard dah bising2 kata bas dah nak jalan..
Hish, nak shopping lagi pon tak senang..




Disebabkan kesuntukan masa, plan nak gi berkelah dekat Sg. Sedim tu terus cancel..
Driver bawak singgah Pekan Rabu sekejap..
Tapi kat sini sekejap jer..dalam sejam la singgah berhenti..


Masa ni Qayyum tengah tidur, anak Mieza pon tidur jugak..so sy malas nak turun..
Tunggu jer kt dalam bus, yang lain semua turun..
Lagipon takder benda sangat nak beli..
Suruh kereta standard tapaukan wafel dengan ice blended jer..




Selepas Pekan Rabu, kitorang dibawa ke Sg. Dua untuk rasa mee udang kat sana..
Kawasan Sg. Dua ni memang famous dengan mee udang..bersepah restoren mee udang kat tepi jalan..




Pose dengan Mieza tunjuk perut boncit..
Perempuan gemok sekarang sudah 74kg..
Giler gemok kan sy..peha besar tak hengat..dulu masa pregnant Qayyum berat sy sampai 83kg..
Sy rasa2 pregnant kali ni pon akan capai berat tu jugak rasanya..
Lepas ni memang nak diet giler2..KONONyerla kan..
Misi kurus mesti capai 50kg KONONyer lagi...
Mieza pon gelak2 jer dengar misi 50kg sy tu..geli ketiak katanya sebab berat dia pon 52kg..





Kitorang pilih Restoren Aur Gading..
Recommended by penyelaras program lawatan ni..





Ada macam2 menu, tp sy pilih mee udang sebab nak rasa mee udang kat sini..
Harga sepinggan mee udang ni RM16..mahal sikit sebab guna udang laut katanya..
Udang dia memang besar2..walaupon cuma 3 ekor tapi memang puas makan..




Kereta standard order air kelapa laut dengan kue tiow goreng..
Benda berkuah2 ni dia mana makan sangat..





Mee udang dengan kur teow tu agak pedas sket nak suap Qayyum..
Lepas tu sy order nasi putih dengan sup ayam untuk Qayyum..
Mak bapak sibuk mencekik, kesian kat anak tak makan..
Banyak jugak Qayyum makan nasi..lapar agaknya..
Lepas makan dekat sini, terus gerak balik ke Penang semula..




Qayyum bukan main gembira lagi naik bus..
Berjalan kehulu kehilir dalam bus tu..
Lepas tu ada orang layan dia main lagi la seronok..


Yang ni kan bukannya budak2 main belon..
Bapak budak pulak yang beria main belon..
Maklumla masa kecik2 dulu takde belon ni..hehe..





Thanks sudi baca..
Sekian..


No comments:

Post a Comment