Pages

Thursday, February 7, 2013

Big Red Strawberry Farm - Cameron Highland


Assalamualaikum...



Kita sambung semula entry cuti2 kat Cameron Highland hari tu yer..
Pagi sabtu tu dalam pukul 9 pagi, kitorang dah keluar untuk breakfast..
Kemaskan barang2 sikit masuk dalam kereta supaya nanti check-out xderla kelam kabut sangat..




Topi budak cumil ni beli kat pasar malam..
Malam tu sy dengan kereta standard keluar semula jalan2 kat pasar malam..
Jalan kaki jer dr hotel.bawak Qayyum sekali, mak dengan abah sy xjoin sebab diorang dah tak larat..
Walaupun pasar malam dah nak habis, gerai pon banyak yang dah tutup tapi jalan la jugak..
Sejuk giler angin malam kat sana, terlupa nak bawak jaket Qayyum tu yang belikan topi tu..




Ni la Country Lodge Hotel..
Bilik sy tingkat 1..hari tu masa book request tingkat bawah sekali sebab inform bawak parent, diorang tak larat nak naik tinggi2..receptionist kata ok, bila sampai sini diorang kata bilik dah penuh pulak..
Terpaksala naik tangga jugak setingkat..
Tapi nasib baik mak saya ok jer..jalan perlahan2..




Bangunan ni klasik sikit..macam english style pon ada jugak..
So far ok, cuma sy tak suka bilik sy sebab lantai dia marmar..sejuk giler oo bila pijak..
Bilik mak ok pulak, lantai dia ada carpet..
Nasib baikla memang ada spare selipar dalam kereta..bolehla pakai selipar dalam bilik..
Dan bilik dia ada kipas..
Selalu sy tido kat CH ni memang tak jumpa lagi bilik yang ada kipas..tapi kat sini kipas disediakan..
Siang kat sini rasa panas jugak..malam memang tak perlu guna la kipas tu..




Beli mainan Qayyum tu pon kat pasar malam..
Tapi sekejap jer dah jahanam..
Dia ketuk2 kan kat mana2 ntah, terusla benda tu tak menyala dah..




Atuk dan nenek Qayyum dah ready untuk sarapan pagi..
Lepas sarapan kitorang plan nak gi jalan2 kat Big Red Strawberry Farm lepas tu baru balik hotel semula..
Rest sekejap, buang apa yang patut  then pukul 12 tengahari baru kita  check-out..




Gi makan kat food court jer..kat bawah tu, depan sikit daripada balai bomba tu ada food court dan kedai2 sourvenir..
Malas nak makan jauh2, gi makan kat situ jer..




Yang ni pinggan kereta standard..
Pinggan sy lupa plak nak snap..tapi sy ambik nasi lemak jugak..cuma beza beli kat gerai lain jer..






Si budak Qayyum ni tetiba jadi lasak pulak kat sini..
Berlari ntah kesana kesini, main bawah meja la, memanjat kerusi la..
Suap makan xnak pulak..
Last choice umpan dengan you-tube..
Baru la duduk diam sket..
Orang nak makan pon xsenang, asik nak memantau jer..takut pulak hilang anak..
Kalau hilang tak ker haru..nasib baik xder apa2..


Lepas jer makan, terus gerak ke Big Red Strawberry Farm..
Ni adalah salah satu lokasi wajib pegi..
Kat sini sy selalu order strawberry celup chocolate dengan strawberry milkshake..
Memang terbaikla, buah stawberry dia pon besar2..
Pendek kata memang puas hati la makan kat sini






Qayyum bukan main gembira lagi kat tempat ni sebab ada banyak mainan..
Semua mainan dia try, tapi kitorang tak masukkan coin pon..
Biar jer dia main sendiri..
Qayyum pon ok jer walaupun kereta tu semua tak bergerak..








Kejap pakai topi, kejap nak bukak pulak..
Lepas tu sambung lagi main..




Kali ni kat Big Red malas nak order strawberry chocholate tu sebab semua orang masih kenyang..
Kan ker baru jer lepas makan nasi lemak waktu sarapan tadi..
Strawberry pon ada beli masa kat pasar malam..
Nasi lemak pon tak hadam lagi..
Tapi sebab nak jugak makan kat sini so sy order wafel dengan strawberry juice..




Order satu jer just untuk rasa..
Wafel dia sedap sangat..
Ada macam2 menu kat sini..
Kereta standard pon xnak makan..
Kesudahannya memang sy sorang jer yang habiskan wafel ni sorang2..
Qayyum pon xnak jugak, agaknya xder mood lagi kot nak makan..



Tapi yang strawberry juice ni masam yang amat..
Sebenarnya bagus jugak untuk penghadaman..
Balik jer hotel gilir2 masuk toilet..hahaha..




Nenek Qayyum ralitla jugak tengok sayur2 kat sini..
Masa datang sini pokok anggur tengah berbuah lebat tapi masih kecik lagi la rasanya..
Sebab masih hijau..




Walaupun masih pagi, masa ni dalam pukul 10.30 la lebih kurang tapi ramai dah orang datang makan dan melawat tempat ni..
Habis jer makan kita terus balik hotel..
Rest sekejap, pukul 12 tengahari terus check-out..


Tapi tak terus balik lagi, kitorang singgah dekat Taman Agro Al-Mashoor pulak..
Hari sebelum tu kan pegi tapi tutup pulak..
Ok, sy sambung next entry ya..


Terima kasih sudi baca..




No comments:

Post a Comment