Pages

Friday, January 11, 2013

Naan Khashmir @ Restoran Thaqwa


Assalamualaikum..


Korang pernah makan tak roti "naan khasmir"...
Sy baru pernah makan dua kali..
Masa first time makan dulu tu, kawan kereta standard yang belanja..
Kawan kereta standard tu dah biasa makan kat sini, dia la yg suruh try..katanya sangat sedap..
Bila dah rasa sekali, terusla terjatuh cinta...
Hehehe...



Ni la restorennya..
Begitu gigih sy ambik gambar..turun2 kereta jer terus nak ambik gambar..hehe
Lokasi Restoren Thaqwa ni adalah di Sri Gombak..
Betul2 kat depan food court Sri Gombak tu..
Rasanya memang restoren mamak ni agak famous kat Gombak tu..


Kitorang datang makan kat sini masa on da way balik dr Skudai hari tu la..
Sampai KL pon masih awal jadinya kitorang pon jalan2 cari makan dulu..




Haa, bila tengok menu tu kan ada macam2 jenis roti naan kan..
Yang paling special kat sini adalah naan khasmir dia..
Kat restoren mamak lain, jarang jumpa tau..roti naan biasa2 tu banyakla..


So, sy order naan khasmir dengan ayam tandori..
Air pulak order three layer tea...bahasa melayunyer teh 3 lapis..hehe
Kitorang order satu jer, share sudah sebab roti naan dia besar..
Memang takkan habisla kalau makan sorang..



Tadaaah..ni la dia teh 3 lapis..
Tapi ni air kereta standard, sy order air kosong jer..
Tapi sy minum jugak air ni..




Akhirnya, sampai jugak roti naan khashmir dengan ayam tandoori sy..
Haa..tu la dia rupanya roti naan khashmir tu..
Besar kan..penuh pinggan..
Lebih kurang sama besar jugak macam roti naan biasa tu tapi yang ni lain sket..




Apa yang lainyer..
Meh kita close up sket..
Roti ni sangat lembut..
Dalam dia ada kismis yang besar2 dan banyak..yang hitam2 tu la kismis..
Kat atas tu pulak di tabur dengan carrot, bawang putih dan gajus..
Agaknya sebab ada kismis dengan gajus sebab tu la harga satu roti naan ni RM7..




Yang ni pulak ayam tandoori sy..
Harga ayam ni RM6..
Tapi pedas sketla rempah ayam ni..
Tak boleh nak suap dekat Qayyum..




Haa, tengok tu perempuan gemok muka gembira sebab dapat makan roti naan dengan ayam tandori..
Hehehe..
Padahal masa ni takder la lapar sangat sebab baru lepas makan keduri kat Melaka..
Saja2 jer memenuhi selera tekak yang mengada2..





Budak ni makan kismis jer..
Bagi roti dia taknak pulak..
Bg nasi lemak pon xmo makan jugak..
Sebab tu la dah kurus, xtahula nak suruh makan susah sangat..
Kena tengok mood dia, kadang2 makan banyak..kadang2 xnak makan pon..
Lepas tu makan benda merepek2 macam keropok ikan tu..


Habis jer makan, kitorang terus balik Bentong..
Kereta standard sangat penat drive katanya..
Jauh rupanya Skudai tu..
Dekat 5 jam baru sampai..itupon setiap R&R stop..
Bila jalan siang memang bawa 100km/hour jer sebab takut kene speed trap..
Sayang woo duit bagi kt polis, baik buat makan ker jalan2 ker..berbaloila sket..


Kalau nak rasa roti naan khashmir, singgahla ker restoren ni..
Highly recommended..


Thanks sudi baca..
Sekian..



No comments:

Post a Comment