Pages

Friday, August 17, 2012

Hangus Terbakar...


Assalamualaikum..


Malam td mood membaking sudah mari..lagipon dah nak balik kampung..haruslah buat kek..
Maka dengan semangat yang berkobar2, sy pon memulakan projek baking pada pukul 11 malam tadi..lewat sket sebab tengok citer waris dulu..Qayyum pon dah tido baru boleh bakar-membakar ni..


Sy plan nak buat kek coklat & kek carrot banana..stok pisang banyak so tu yang gigih google resepi yang gunakan pisang tu..last 2 week balik sg besar, mak sy bagi setandan pisang..tu yang ada banyak pisang tu, cuma pisang tu tak sekata masak..


Seperti biasa, buat kek yang simple jer..guna tepung kek nona cuma tambah slice pisang kat atas..
Tapi, malangnya..kek sy hangus terbakarla pulak..alkisahnya, lagi 15 minit lagi kek nak masak, Qayyum melalak pulak..sy pon terus tukar api atas..memula bakar guna api bawah jer..bila susukan qayyum dia xnak lepas2 plak..lepas jer melalak..tak budget plak kek sy akan hangus..so biarkan jer xtengok2..kereta standard malas nak layan sy bab2 buat kuih ni sebab dia mana suka sangat sy buat kuih ni..



Gambar sebelum :  semangat berkobar-kobar dengan harapan kek menjadi..
Gambar selepas : tadaaaah..hangus terbakar ko..alahai, bila tengok kek sy ni terusla xsemangat dah..rasa nak buang dalam cik tong jer..



Tapi kalau buang membazirla pulak..boleh makan lagi, tapi cuma segan sketla nak bagi tetamu makan..haha..
Sy potong bahagian yang hangus tu..cuma kek ni kering sket sebab dah hangus kot..
Letak topping nutella sedap jer..kereta standard pon dah makan 1/4 kek ni tau walaupon hangus sket..


Lepas tu sy buat kek carrot & banana..resepi asalnya adalah cupcake tapi sy guna loyang jer..dan yang ni memang jaga betul2..xmo hangus terbakar lagi..
Kereta standard kata kita balik kampung lepas subuh pagi sabtu..sebab takut jem kat KL..kalau balik malam, kitorang biasa ikut KL..kalau balik siang jer ikut Genting ke Tanjung Malim..lagipon ikut Tanjung Malim dekat sket..
Jadi plannyer lepas ni nak buat biskut conflake pulak kalau sempat..


Gambar sebelum bakar jer sempat ambik..gambar sesudah bakar xsempat ambik sebab tablet xder bateri..xsempat nak rasa lagi kek carrot banana ni, xtaula sedap ker x..harap2 sedapla kan..



CARROT & BANANA CUPCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake)

150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya

Cara:

Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.

*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


Tunggu kek siap jer dah pukul 1 pagi..tengok kak luar, kereta berderet2 lalu Bentong..ni semua mesti orang yang nak balik Kelantan..kadang2 sy terfikir berapa percent agaknya pekerja2 yang kerja kat KL tu orang kelantan yer..30%?, 40%?..diorang ni la yang buat jem..hehehe, sorry bukan racist yer..tp sy macam runsing betul..yelah tiap kali nak balik raya terpaksa menempuh perjalanan yang memenatkan dengan jem sampai 7, 8 jam..nak balik kampung dah sekian jem, lepas tu nak balik KL lagi sekian jem..


Sekian..




No comments:

Post a Comment