Pages

Monday, August 6, 2012

Dugaan Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum..


Dah seminggu rasanya tak update blog ni kan..bukannya apa, xsempat sgt sebab minggu lepas terpaksa balik kampung.. mak sy jatuh masa tengah menebas rumput kat keliling rumah..mak sy tu mana la nak duduk diam kat rumah jer..bila rumput dah panjang sikit mulalah risau..terus jer cepat2 nak bersihkan..


Nak dijadikan cerita, agaknya kaki tu tersadung rumput2 tu agaknya terusla terjatuh..masa jatuh tu badan terhempap tangan kanan..tangan tu terus sakit dan bengkak..petang tu baru abah sy bawak gi klinik..then klinik refer ke hospital sebab bengkak sangat..bila hantar hospital, doktor x-ray kata ada retak sikit dekat siku..dah kene simen pulak..simen satu hal, lepas tu naik bengkak2, lebam2 kat muka, leher dengan tangan..mak sy jatuh hari khamis 2/8..minggu tu pulak sy tak dapat nak balik sebab ada kelas sabtu dan ahad..xboleh nak ponteng pulak sebab haritu dah ponteng gi CH..bila fikir abah ada, so xderla risau sangat..


Tapi hari2 call tanya tangan mak sy macam mana..bila dalam fon tu kan macam2 la..sakit situ, sakit sini, tak boleh nak angkat, simen berat, nak pakai baju susah, nak makan susah, nak mandi susah..pendek kata semua susahla..lagi2 pulak yang patah tu tangan kanan..hadoi..kener sabarla banyak2 yer mak..Lepas tu mak sy gi berubat secara traditional pulak..mak sy ni memang percaya sket bomoh2 ni..kadang2 pening jugak kepala..bila jumpa bomoh patah tu, bomoh tu terpaksa la gunting simen tu sebab nak urut..jauh jugak berubat, nun kat Sitiawan sana..tapi xok pon..


Kebetulan minggu lepas makcik sy balik kampung, dia kata tangan mak sy bengkak sangat..dia suruh sy balik cepat..bila dengar jer macam tu risaula pulak kan..terus jer sy amik urgent leave hari Khamis & Jumaat lepas, kereta standard pon cuti la jugak..xkan sy nak balik sorang2 pulak kan..bila check2 balance cuti..dah ZERO ko...bia betik, cuti aku dah habis..tinggal 2 hari compulsery ambik cuti raya.. Walaupun sy dah kerja 5 tahun kat Telekom ni kan, AL 16 hari jer, MC 21 hari, Cuti Ehsan 7 hari..sikit giler kan cuti..yang cuti ehsan tu cuma boleh ambik untuk kawin atau kematian jer..bila pikir2 balik, sy mmh banyak ambik urgent sebab Qayyum demam..rugi pulak tak ambik MC jer kan..sekarang ni, annual leave dah habis, mc tinggal 16 hari..lepas ni memang MC jelah keje sy..hahaha..


Sampai jer kampung terus bawak mak sy gi klinik..pasal patah tu memang doktor tak boleh buat apa-apa..pasal bengkak2 muka tu rupanya mak sy allergic ubat tahan sakit yang hospital bagi tu..mak sy pulak tak tau yang dia allergic, hari2 dia makan jelah ubat tahan sakit tu..doktor klinik tu bagi satu kad, next time gi hospital ke klinik ker kene tunjukkan kad tu menunjukkan allergic so nanti doktor kasila ubat yang lain..malam tu bawak mak sy gi berurut, lepas jer berurut, terus bengkak tu surut..mak sy dah boleh gerak2kan tangan, dah kurang sakit sikit..alhamdulillah..tapi kene bawak berurut lagi dua atau tiga kali baru ok..sementara sy memang ada kat kampung terus jelah bawah mak sy pegi..


Untuk buka puasa, beli jer senang..sapa nak masak, lagipon tak sempat..kitorang balik kampung pon nak kene jalan2 jugak..nak gi tengok bazar ramadhan..gi Sg Besar, gi Sabak Bernam, gi jalan2 tengok kedai jual baju raya, lepas tu gi bazaar kuih raya plak..


Tapi, bila pergi bazaar ramadhan ni kan, 50hengget memang tak cukup..macam2 nak beli..tengok tu nak, tengok ni macam sedap..eh, dah lama tak makan tu..nak jugak, eh yang ni kat sini jer jumpa tau tempat lain tak jumpa..beli jugak..bila balik rumah, hambik ko..kereta standard pulak, 3 hari bukak puasa kat kampung hari2 nak ayam golek..beli sekor, dia sorang jer makan dah separuh ekor ayam..lepas dia tinggalkan yang bahagian isi untuk sy..pandai betul..bahagian tak sedap bagi kat orang..


Hari ahad lepas zohor sy gerak balik, takut lambat pulak kalau gerak lepas buka puasa..sepanjang jalan balik hujan..excident pon banyak jugak..risau dibuatnya, suruh kereta standard bawak biasa2 jer..kene selalu ingatkan, sebab kereta standard tu kan boleh tahan jugak..kalau ada kereta yang potong2 tu pantang betul nak cucuk2 jugak..haishh..


Alhamdulillah, kitorang sampai rumah dengan selamat..bila tengok tangan mak sy dah ok sket, takder la risau..masa mula2 tu sangatla risau bila dengan tangan mak patah..soalan kelakar yang sy cakap dengan kereta standard kan, siapa nak masak rendang ni..hahaha, kalau nak tunggu sy masak rendang alamtnya talk makanla..hehehe..


Sekian, celoteh yang panjang lebar..


4 comments:

  1. kesiannya..tapi tak apa lahkan, semoga mak yana cepat sembuh.
    pasal allergi tu kan laki yan pun sama, tak blh makan ubat sebarangan kalau tidak mmg bengkak 1 muka.
    Oit....masak rendang sendiri la raya nanti baru syok! Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..belum lulus lagi nak masak rendang..

      Delete
    2. hehe...sbnarnya nak makan air tangan mak juga kan....sama la kita

      Delete