Pages

Wednesday, August 29, 2012

Minor Obesity


Assalamualaikum..




Selamat Hari Raya semua..masih dibulan syawalkan..
So, how your raya guys..me, biasa2 sahaja..tahun ni beraya kat Sg Besar dulu..hmmm, amatlah busynyer sampai tak sempat nak posing2 ambik gambar..cayer ke tak caya...cayalah..

Sehari sebelum raya, sampai kg pon dah pukul 10 pagi sebab pagi tu baru gerak balik..gi market teman mak beli2 barang, ayam, sayur segala mak nenek esok nak raya kan..kelam kabut la..
Ada anak kecik ni memang susah sketkan..semua nak mama jugak..buat2 kejer sket sambil2 monitor kelakuan si Qayyum tu..ntahapa2 kerja ntah dibuatnyer..pecahkan cawan nenek dalam talam, dah satu hal nak mengemas lagi..lepas tu dia memunggah almari pulak..keluarkan segala periuk belanga nenek dia usung satu rumah..yang bapaknyer membuter tak hengat..hishh..boleh darah tinggi..

Dah petang tu letih melepet jer tengok tv tunggu bukak puasa..mak jer yang bertungkus lumus di dapor memasak sedangkan sy bersenang lenang menonton televisyen..hahaha..memang dasar nak kene lempang..

Raya pertama ada "baraan"..maksudnyer, orang kampung (lelaki sahaja) menziarah rumah ke rumah sambil bertakbir..camtu la lebih kurang, lepas makan2 diorang pon balik teruskan ke rumah seterusnya..kereta standard pon join sekali..kereta standard kata tahun pertama join dia macam segan2 sket sebab tak kenal..tapi kali ni lebih confident dan seronok sebab orang kampung dah kenal dia..kalau tak jenuhla nak explain bila orang tanya..hahaha..

Kali ni takder gambar raya..malas nak ambik gambo sebab ai kecewa dah debab tau..BMI pon minor obesity..ngeri siut bila dah obesity..
Camner ni nak kurus secara drastik..sebab seringkali misi diet ku HAMPEH seterusnya GAGAl..
 

Body Mass Index


Source : http://wellneswunder.com/body-mass-index#bmi-table

The Body Mass Index is calculated by putting your body’s height and your weight into relation.
The Body Mass Index is calculated by dividing the body weight in kilograms by the body height squared in meters.

According to the WHO, the result is categorised into these sections:
Body Mass Index Category
< 17 Too slim
17–20 Underweight
20–25 You are in brilliant shape
25–30 Minor obesity
30–35 Unhealthy obesity
35–40 Extremely unhealthy obesity
> 40 You are way too short!

Friday, August 17, 2012

Hangus Terbakar...


Assalamualaikum..


Malam td mood membaking sudah mari..lagipon dah nak balik kampung..haruslah buat kek..
Maka dengan semangat yang berkobar2, sy pon memulakan projek baking pada pukul 11 malam tadi..lewat sket sebab tengok citer waris dulu..Qayyum pon dah tido baru boleh bakar-membakar ni..


Sy plan nak buat kek coklat & kek carrot banana..stok pisang banyak so tu yang gigih google resepi yang gunakan pisang tu..last 2 week balik sg besar, mak sy bagi setandan pisang..tu yang ada banyak pisang tu, cuma pisang tu tak sekata masak..


Seperti biasa, buat kek yang simple jer..guna tepung kek nona cuma tambah slice pisang kat atas..
Tapi, malangnya..kek sy hangus terbakarla pulak..alkisahnya, lagi 15 minit lagi kek nak masak, Qayyum melalak pulak..sy pon terus tukar api atas..memula bakar guna api bawah jer..bila susukan qayyum dia xnak lepas2 plak..lepas jer melalak..tak budget plak kek sy akan hangus..so biarkan jer xtengok2..kereta standard malas nak layan sy bab2 buat kuih ni sebab dia mana suka sangat sy buat kuih ni..



Gambar sebelum :  semangat berkobar-kobar dengan harapan kek menjadi..
Gambar selepas : tadaaaah..hangus terbakar ko..alahai, bila tengok kek sy ni terusla xsemangat dah..rasa nak buang dalam cik tong jer..



Tapi kalau buang membazirla pulak..boleh makan lagi, tapi cuma segan sketla nak bagi tetamu makan..haha..
Sy potong bahagian yang hangus tu..cuma kek ni kering sket sebab dah hangus kot..
Letak topping nutella sedap jer..kereta standard pon dah makan 1/4 kek ni tau walaupon hangus sket..


Lepas tu sy buat kek carrot & banana..resepi asalnya adalah cupcake tapi sy guna loyang jer..dan yang ni memang jaga betul2..xmo hangus terbakar lagi..
Kereta standard kata kita balik kampung lepas subuh pagi sabtu..sebab takut jem kat KL..kalau balik malam, kitorang biasa ikut KL..kalau balik siang jer ikut Genting ke Tanjung Malim..lagipon ikut Tanjung Malim dekat sket..
Jadi plannyer lepas ni nak buat biskut conflake pulak kalau sempat..


Gambar sebelum bakar jer sempat ambik..gambar sesudah bakar xsempat ambik sebab tablet xder bateri..xsempat nak rasa lagi kek carrot banana ni, xtaula sedap ker x..harap2 sedapla kan..



CARROT & BANANA CUPCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake)

150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya

Cara:

Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.

*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.


Tunggu kek siap jer dah pukul 1 pagi..tengok kak luar, kereta berderet2 lalu Bentong..ni semua mesti orang yang nak balik Kelantan..kadang2 sy terfikir berapa percent agaknya pekerja2 yang kerja kat KL tu orang kelantan yer..30%?, 40%?..diorang ni la yang buat jem..hehehe, sorry bukan racist yer..tp sy macam runsing betul..yelah tiap kali nak balik raya terpaksa menempuh perjalanan yang memenatkan dengan jem sampai 7, 8 jam..nak balik kampung dah sekian jem, lepas tu nak balik KL lagi sekian jem..


Sekian..




Thursday, August 16, 2012

Duit Raya


Assalamualaikum..


Benda paling dan utama nak menyambut lebaran selain kuih raya dan baju raya adalah DUIT RAYA..hehe, xder duit raya memang bukan raya la kan..


Korang semua mesti dah tukar awal2 duit raya kan..sapa2 yang belum tukar lagi rasanya duit kertas BARU kat bank dah habis..tulah, xnak tukar awal2..padan muka..hehehee..


Alhamdulillah, budget duit raya tahun ni lebih sket..disebabkan kereta standard xnk baju raya katanya, jd budget duit raya lebihlah sket..xpelah, kira sedekahla kan..


Bila tengok betul2 duit kertas baru ni kan, macam duit tipu plak..sy tukar RM1, RM5 dam RM10 jer..yang RM20 tu tak tukar..ntah, prefer gunakan duit seploh hengget tu jer..rasa macam tukar beratus2 tapi dapat sket jer terutama yang RM5 dengan RM10 tu..macam sket jer kan..heeee


Nasib baik ada kawan kejer bank, so sy xpayah bersusah payah nak berpeluh2 ketiak menapak gi bank..pastu kene berdiri beratur sejam nak tukar duit..bg jer kat kawan sy tu minta dia tolong tukarkan..kawan2 office sy pon menumpang sekaki sebab malas nak gi bank..




Disebabkan budget duit raya lebih dari tahun lepas, diharapkan Qayyum berusaha keras untuk collect semula duit papa & mama yang dah keluar ni..nanti nak kene ajak kereta standard pegi beraya berhabis-habisan ni..haha, boleh pulak macam tu..

Dan yang paling best sekali, dapat sampul rasa yang cantik sangat dr Standard Chartered bank..yang ni untuk priority banking so special siap ada hard cover lagi..yang bukan priority banking pon sampul yang sama jugak cuma bezanya xder hard cover tu jer..

Mula2 tu limited jer dapat 8 pack, dah bagi kawan2 yang tukar duit sekali tinggal jer 3..tapi pagi tadi sy dapat banyak..cukupla nak isi duit raya..

Sy begitu gigih post kt intagram & fesbok..hahaha..batak betullah..
Tapi seriously, yg ni memang tercantik sekali yang sy pernah dapat compare sampul2 raya lain..bunga2 atas sampul 2 timbul2..tu yang buat lagi cantik..
Sapa nak sila datang beraya kat rumah sy..hehe..




Tahun ni xdapat banyak sangat sampul raya, telekom kedekut..langsung tak keluarkan sampul raya..dah 2 tahun dah rasanya..biasalah kan, company cut cost..


Last week sy dapat banyak jugak sampul raya dari maybank, warna hijau gelap tapi kereta standard bagi kat kawan dia..kesian pulak kawan kereta standard sebab xder sampul raya..


Insyaallah sy akan balik kg petang Jumaat..tahun ni turn Sg Besar dulu, then raya ke-3 baru balik Temerloh..
Semoga dipermudahkan dan dilancarkan perjalanan pulang ke kampung..


Selamat hari raya, andai ada salah dan silap sy harap dimaafkan..
Yang paling penting sekali adalah berhati2 di jalan raya ketika pulang berhari raya..


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin..


Tuesday, August 14, 2012

Jangkitan Virus


Assalamualaikum..


Dah lama sy tak update  blog kan..semuanya gara2 ini..


PC kat office tiba2 pulak masuk virus..email jer yg boleh bukaknyer..file, internet semua xdapat..ntahh hapa virus yg menyerang pon sy tak tau la..xkanla telekom xpasang anti-virus kt server syarikat kan..geram betulla sy..semua benda adalah tergendala tau..


Virus menyerang pada hari rabu petang minggu lepas..memula suruh office-mate tlg tengok2 kan kot2 pandai kan..tp yelah, kitorang kat sini semua buta it la katakan..mana reti nak godek2 benda alah ni..masuk virus pon menggelupor kan..


Terpaksa buat report ke ITD..pagi Khamis baru call...call seploh menet ko baru ada staff entertain..hoiii, pegi shopping ker time kerja..tau la nak raya ni..stress makcik tau hold lama2..


Petang tu baru ada staff it yg call..bila dia tanya pc serial no...

IT Staff : "Pn, apa no siri PC?"
Sy : "OPCxxxx..."
IT Staff : "Ha..OPC ni utk komputer WAJIB LUPUS tau tak?
Sy : "Mana la sy tau, PC baru takder lagi so guna jelah PC ni"


Lepas tu dia boleh membebel2 kat sy, xder barangla..dah xboleh guna la..itula, inilah..
Sy xnak taulah, sy just nak PC back to normal supaya sy boleh buat kerja & yang paling penting sekali sebab sy updated blog kat office..hehe..free time jer tau..diulang FREE time..


Hari Jumaat,  Encik IT tu datang..dia check2, lepas tu perkara sama jugak yang dia ckp pd sy..PC wajib lupus..huh..tak menyelesaikan masalah betullah..


Then sy transfer semua foleder & file yg berkenaan dlm hard disk..lepas tu tengahari gi Jalan TAR..hehehe
Memula kan nak naik teksi, gi ramai2 dengan officemate..ala, sekangkang kera je kalau jalan pon tp kalau dah dasar pemalas nak jalan kaki kan, nak naik teksi jugak..kesudahannya, teksi gerak dalam 100 meter jer lepas tu jalan terus jem..dah kener bayar RM6.50..ceh..kalo jalan kaki dah sampai dah..


Persiapan raya kali ni biasa2 jer..xderla beria sangat pon..baju melayu Qayyum pon xbelikan..boleh x?tp sian pulak anak aku xder baju raya..yang maknyer kemain lagi seploh pasang baju baru..hahaha..kau ado? seploh pasang tau..


Sy gi antar jahit 6 pasang tp yang siap satu jer kot..xperla, hantar dah last minute kan..kesian makcik tu nak siapkan tempahan..sy suka hantar balik kampung tau sebab upah baju kurung baru RM20 jer..haaa..mana nak cari upah baju murah kannn..sy selalu buat baju kurung moden upah baru RM25 jer..kannn murahhhh, kt Sg Besar jer jumpa tau..hahaha..


Hari balik kampung dah belikan Qayyum jubah, sebab kereta standard kata nanti nak baraan pakai jubah jer..layan jelah..ingat nak beli baju melayu untuk Qayyum yang dah siap jer senang..cari punyer cari baju melayu untuk dia, xder pulak yang sama kaler ngan baju sy..hehe..haruslah sedondon kan..sampai sekarang tak jumpa cari tau..


Lepas tu, masa hari Jumaat tu kann..sy sempat singgah Jakel..masa tu tengah ada promotion happy hour, dalam 20 minit jer dia kasi masa..baju kurung siap RM50 jer, harga asal RM150 kot..sy pon rembat 3 pasang, kain cotton cantik2 jugak..tapi sebab orang pon ramai bersesak-sesak..dah tu masa terhad pulak, jadinyer memang main rembat jelah..nampak saiz M terus ambik..


Baju kurung biasa dengan baju pesak gantung je pon..gi tepi, check apa yang patut then terus bayar..tunggu jugak baju melayu budak kot2 ada happy hour lagi tapi xder pulak..hahaha..tamak betul..tapi baju budak pon xder yang sama kaler dengan baju sy tu..cehh betull..



Lepas tu pusing habis Jalan Tar dengan Jalan Masjid India tu tapi satu hapa pon x beli..baju melayu pon xder yang berkenan..cuaca amatlah panas terik..dengan orang yang ramai dan padat, rasa nak pitam pon ada..


NASIB BAIK sy tak puasa tau..opss, hahaha...pecah rahsia..dah tak tahan sangat, gi singgah mc'd beli double cheese burger..yang best tu ada geng..haha...sampai office terus masuk pantry, minum air..


Sekian...


Tuesday, August 7, 2012

Resepi : Nasi Ayam


Assalamualaikum..


Sepanjang bulan puasa ni kan, alhamdulillah..sy sempat sampai awal ke rumah dan memasak utk buka puasa..tp xderla masak grand2 sgt..masak biasa2 jer..sebab apa, kadang2 beli tu belum tentu sedap.dah la tu, mahal pulak..kalau masak, sedap ke tak sedap kene makan jugak..hehe..masak lebih untuk berbuka dan sahur sekali..senang..


Tapi, hari2 kener pikir nak masak apa untuk berbuka memang susah kan..pening kepala xtau nak masak apa..last week try an error masak nasi ayam..ni first time buat tau..tak sangka rupanya sangatla senang jer buat nasi ayam ni..hehe..


Memula tayang gambar dulu..sila abaikan eksesori yang berselerak atas meja tu yer..hahaha..kat rumah sy memang semua benda taruk atas meja..puyuk nasi pon taruk atas meja jugak..memang buruk perangai betulkan..malas nak basuh pinggan mangkuk banyak2 so angkut jer puyuk nasi..tapi kalau mak mertua datang rumah sy tak buatla camtu..hehe






Resepi Nasi Ayam

Sumber asal dr www.myresipi.com ..tapi setelah baca resepi2 yang lain so sy ubah sikit2 hasil gabungan 2,3 resepi nasi ayam..

Bahan-bahan ( untuk 2 orang )  

Untuk rebus
1/2 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
8 ulas bawang putih**
1 labu bawang besar**
2 sm halia**
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Blend bahan bertanda**, guna 2 sudu sahaja untuk rebusan ayam
2 sudu serbuk pati ayam
4-5 cawan air
   


Untuk perap
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap cair
2 sudu bawang yang tlh di blend

Untuk nasi
2 cwn beras
3 sudu besar butter
2 sudu bawang yang tlh di blend
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam
1 helai daun pandan

Bahan sos
3 biji cili merah besar
3 biji cili padi
5 ulas bawang putih
2cm halia
garam, gula, air limau kasturi
1 biji tomato
1 labu bawang besar


Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
garam
daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Masukkan air dalam periuk. tunggu hingga mendidih baru masukkan bahan blend dan ayam..rebus hingga empuk..dalam 10 minit jer..
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan daun pandan dan kemidian beras beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas.. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Senang jer dan sedap..next time boleh buat lagi..

Sekian..


Monday, August 6, 2012

Bubur Lambok Pak Hassan Kg Baru



Assalamualaikum..


Yeaayyy..td baru dapat bubur lambuk..berpeluh2 dalam bekas..kali ni di sponsor oleh TMKL..satu bangunan dapat free..tp sy dapat extra sebab arini staff xramai kat office..tamakkan..
Dah setengah bulan puasa baru dapat makan bubur lambuk kg baru ni..
Tahun lepas ramai jugak yang sponsor so dapat 4,5 kali jugak bubur lambuk kg baru ni..tahun ni baru 1st time dapat..





Tupperware Collection


Assalamulaikum..


Minggu lepas sebelum balik kampung sempat la gi beli barang2 tupperware..ada branch tupperware baru bukak kat kedai bawah rumah sy tu..takderla baru sangat, dah dekat 2 bulan kot tapi cuma sy ni tak sempat nak gi tengok2 lagi..kebetulan dah cuti, pegi la singgah sekejap..hajat di hati memang nak beli pon..



Belek punyer belek, sy pon pilih set yang colourful seperti di atas..yang best tu kan sy dapat 25%..normally member cuma dapat 20% less jer..kalau dapat 3 orang downline baru entitle 25%..bila dia offer 25% tu sy diam jer..malas nak tanya2..hehe..lepas tu kad lupa bawak plak, tapi takper..bagi ic no pon boleh..dulu sy join jadi member tupperware sebab suka dengan botol air besar yang boleh masuk peti ais tu..sy beli satu set yang fridge water bottle 2liter dengan handy cool 1liter..masuk member kene bayar RM60..masa tu sy register dekat Mentakab..yang best tu bila register kat branch sana dapat 1 tupperware free..sy pon pilih yang paling besar..senang nak isi benda dalam tu..


Lepas tu dah tak penah beli barang tupperware ni..sampailah satu ketika nak guna bekas, tengok2 dah takder bekas kat dapor..kalau ada tutupnyer ntah gi mana..nak mencari tu dah satu kerja..ni tak boleh jadi ni, tu yang bertekad nak beli tupperware tuh..hahaha...



Set yang ni lupa plak harga dia berapa..tapi after 25% diskaun RM144++ la kalau tak silap..


Ingatkan dah nak bayar ler..tupperware sekotak ni jer dah beratus ni..tapi, lepas kira point, lagi satu point jer layak beli 1 set cutlery dengan harga RM3.90..macam comel jer bila tengok kat catalog..rugi plak kalau tak beli ni..pandai jer tokey kedai tu pujuk sy suruh tambah point kan..akhirnya tertewas jugak kerana sudu garfu hijo tu..terbeli lagi satu tupperware..


Beli yang ni sebab kereta standard nak tupperware yang ada separator kat dalam..senang nak bawak bekal konon2nyer..kalau tak bawak bekal karang siap!!



Yang ni RM39.50, after 25% diskaun dapat RM29.65 sahaja..yang ni ingat harga sebab tengok kat katalog julai/ogos punyer..hehe


Ni la sudu garfu yang nak beli sangat tu..sebab tak cukup satu point jer..tapi takpelah kot sebab yang ni limited release..tapi bila balik tengok tak best sangat pon..macam plastik biasa jek..nak suapkan Qayyum pon xboleh sebab sudunyer besor sangat..

Tapi yang tak bestnyer, dia tak kasi catalog pon kat sy..kene beli sebab sy bukan downline dia..cehh betul..kene bayar singgit satu..sebab nak catalog bayar jugakla..


Sekian..


Dugaan Di Bulan Ramadhan


Assalamualaikum..


Dah seminggu rasanya tak update blog ni kan..bukannya apa, xsempat sgt sebab minggu lepas terpaksa balik kampung.. mak sy jatuh masa tengah menebas rumput kat keliling rumah..mak sy tu mana la nak duduk diam kat rumah jer..bila rumput dah panjang sikit mulalah risau..terus jer cepat2 nak bersihkan..


Nak dijadikan cerita, agaknya kaki tu tersadung rumput2 tu agaknya terusla terjatuh..masa jatuh tu badan terhempap tangan kanan..tangan tu terus sakit dan bengkak..petang tu baru abah sy bawak gi klinik..then klinik refer ke hospital sebab bengkak sangat..bila hantar hospital, doktor x-ray kata ada retak sikit dekat siku..dah kene simen pulak..simen satu hal, lepas tu naik bengkak2, lebam2 kat muka, leher dengan tangan..mak sy jatuh hari khamis 2/8..minggu tu pulak sy tak dapat nak balik sebab ada kelas sabtu dan ahad..xboleh nak ponteng pulak sebab haritu dah ponteng gi CH..bila fikir abah ada, so xderla risau sangat..


Tapi hari2 call tanya tangan mak sy macam mana..bila dalam fon tu kan macam2 la..sakit situ, sakit sini, tak boleh nak angkat, simen berat, nak pakai baju susah, nak makan susah, nak mandi susah..pendek kata semua susahla..lagi2 pulak yang patah tu tangan kanan..hadoi..kener sabarla banyak2 yer mak..Lepas tu mak sy gi berubat secara traditional pulak..mak sy ni memang percaya sket bomoh2 ni..kadang2 pening jugak kepala..bila jumpa bomoh patah tu, bomoh tu terpaksa la gunting simen tu sebab nak urut..jauh jugak berubat, nun kat Sitiawan sana..tapi xok pon..


Kebetulan minggu lepas makcik sy balik kampung, dia kata tangan mak sy bengkak sangat..dia suruh sy balik cepat..bila dengar jer macam tu risaula pulak kan..terus jer sy amik urgent leave hari Khamis & Jumaat lepas, kereta standard pon cuti la jugak..xkan sy nak balik sorang2 pulak kan..bila check2 balance cuti..dah ZERO ko...bia betik, cuti aku dah habis..tinggal 2 hari compulsery ambik cuti raya.. Walaupun sy dah kerja 5 tahun kat Telekom ni kan, AL 16 hari jer, MC 21 hari, Cuti Ehsan 7 hari..sikit giler kan cuti..yang cuti ehsan tu cuma boleh ambik untuk kawin atau kematian jer..bila pikir2 balik, sy mmh banyak ambik urgent sebab Qayyum demam..rugi pulak tak ambik MC jer kan..sekarang ni, annual leave dah habis, mc tinggal 16 hari..lepas ni memang MC jelah keje sy..hahaha..


Sampai jer kampung terus bawak mak sy gi klinik..pasal patah tu memang doktor tak boleh buat apa-apa..pasal bengkak2 muka tu rupanya mak sy allergic ubat tahan sakit yang hospital bagi tu..mak sy pulak tak tau yang dia allergic, hari2 dia makan jelah ubat tahan sakit tu..doktor klinik tu bagi satu kad, next time gi hospital ke klinik ker kene tunjukkan kad tu menunjukkan allergic so nanti doktor kasila ubat yang lain..malam tu bawak mak sy gi berurut, lepas jer berurut, terus bengkak tu surut..mak sy dah boleh gerak2kan tangan, dah kurang sakit sikit..alhamdulillah..tapi kene bawak berurut lagi dua atau tiga kali baru ok..sementara sy memang ada kat kampung terus jelah bawah mak sy pegi..


Untuk buka puasa, beli jer senang..sapa nak masak, lagipon tak sempat..kitorang balik kampung pon nak kene jalan2 jugak..nak gi tengok bazar ramadhan..gi Sg Besar, gi Sabak Bernam, gi jalan2 tengok kedai jual baju raya, lepas tu gi bazaar kuih raya plak..


Tapi, bila pergi bazaar ramadhan ni kan, 50hengget memang tak cukup..macam2 nak beli..tengok tu nak, tengok ni macam sedap..eh, dah lama tak makan tu..nak jugak, eh yang ni kat sini jer jumpa tau tempat lain tak jumpa..beli jugak..bila balik rumah, hambik ko..kereta standard pulak, 3 hari bukak puasa kat kampung hari2 nak ayam golek..beli sekor, dia sorang jer makan dah separuh ekor ayam..lepas dia tinggalkan yang bahagian isi untuk sy..pandai betul..bahagian tak sedap bagi kat orang..


Hari ahad lepas zohor sy gerak balik, takut lambat pulak kalau gerak lepas buka puasa..sepanjang jalan balik hujan..excident pon banyak jugak..risau dibuatnya, suruh kereta standard bawak biasa2 jer..kene selalu ingatkan, sebab kereta standard tu kan boleh tahan jugak..kalau ada kereta yang potong2 tu pantang betul nak cucuk2 jugak..haishh..


Alhamdulillah, kitorang sampai rumah dengan selamat..bila tengok tangan mak sy dah ok sket, takder la risau..masa mula2 tu sangatla risau bila dengan tangan mak patah..soalan kelakar yang sy cakap dengan kereta standard kan, siapa nak masak rendang ni..hahaha, kalau nak tunggu sy masak rendang alamtnya talk makanla..hehehe..


Sekian, celoteh yang panjang lebar..