Pages

Wednesday, July 18, 2012

Fullhouse @ Wangsa Walk


Assalamualaikum..


Last weekend kitorang balik Sg Besar..minggu ni baru nak balik Temerluve..setiap bulan memang akan balik kampung at least sekali..barulah adil & saksama..hehe


Jumaat lepas, gerak balik ke Sg Besar lepas magrib..kebiasaannnya kalau kitorang balik malam memang akan ikut KL, kalau balik siang jer ikut Genting Highland tu..yelah takut kalau jadi apa-apa jer..so better lalu kawasan yang terang sikit biarpun jauh sikit..


Tetiba kereta standard mengidam nak makan ikan salmon kat fullhouse la pulak..so layan jelah..
Haritu nampak kat Wangsa Walk dah ada Fullhouse tapi tak pernah pergi lagi yang kat situ..




Tak ramai orang pon, kitorang terus jer pilih seat tepi..
Budak kecik ni ikut mood dia..nasib baik tak membuas sangat..masih boleh dikawal..




Hampir-hampir jugak nak memanjat meja neh..main ketuk2 sudu garfu la..malu la mama Qayyum, jgn nakal2 sangat boleh tak..kat rumah takper..haha..
Tapi budak ni mana la paham kan..
Ada 3 patah perkataan jer yang dia pandai sebut "mak", "meme" dengan "nenen"..hahaha..
Tu jer yang pandai dan clear sebutannya..yang lain tak paham..kalau nak apa-apa semua main tunjuk jer..




Kitorang pon order cepat2 nak makan apa..kereta standard pilih menu seperti di bawah..yang ni besar sikit ikan salmon nya..aritu order yang lain..
Dalam pada nak cepat2 order makanan tu kan, selamat satu muka surat kene koyak dek Qayyum..



Sy xnak makan berat sebab kenyang lagi..tengahari tu kat office ada jamuan..
Order mushroom soup dgn honeydew milkshake..kereta standard order salmon dengan air blakcurrent pop soda..
Kereta standard suka benda pop buble tu sebab pop tu akan pecah dalam mulut..rasa dia macam jeli jer..



Mushroom  soup ni memang sedap giler..tapi Qayyum tak suka sangat kot sebab dia makan sket jer lepas tu dah taknak..




Muka teruja dapat makan ikan salmon..haha..




Qayyum bukan main bersemangat lagi makan salmon ni..siap xnak mama suapkan, nak suap sendiri..




Sesudah makan, macam biasa la sesi bergambar sekitar2 restoren ni..mana2 fulhouse pon lebih kurang jer..ada kereta, ada bunga2..barang2 display dan lain2 lagi..



Masa ni budak ni taknak duduk diam..nak ambik gambar pon susah..bagi Qayyum pegang epal plastik tu baru senyap sekejap..




Qayyum ni baru pandai jalan..memang nak lepas jer, dah taknak kene pegang2 dah..



Lepas jer makan, bayar parking then terus jer balik..takder jalan2 pon sebab takut sampai Sg Besar lewat..
Dalam kereta sepanjang perjalanan sy dan Qayyum tido..sian kereta standard drive sorang2..

Sekian..


No comments:

Post a Comment