Pages

Thursday, July 12, 2012

Carrot Cake


Assalamualaikum..








Hari tu tak boleh upload picture dari tablet..kenapa pon tak tau lah..
Yang ni gambar dari camera..

Resepi dah pernah letak sebelum ni kat entry KEK LOBAK MERAH

Tapi takper..sy copy paste semula resepi..untuk kek kat atas sy buat satu setengah adunan, bagi tebal sket..
Memula nak guna acuan bulat tapi macam tak muat pulak..tu yang guna acuan empat segi tu..


Kek Lobak Merah

Sumber : Kompilasi Hidangan Kek oleh Nor Aini Zakaria

Bahan-Bahan:

200 gm tepung gandum **
1 sudu teh serbuk penaik **
3/4 sudu teh soda bikarbonat **
1 sudu teh serbuk kayu manis ** (sy kurangkan sket)
400 gm lobak merah - diparut
100 gm minyak masak / minyak jagung
130 gm gula (sy guna 100gm tp xletak brown sugar)
90 gm gula perang (brown sugar) - tak letak
90 gm kismis
50 gm kacang walnut - dicincang
2 biji telur
Esen vanilla

ayak bahan**

Cream Cheese Frosting:

250 gm rim keju
100 gm gula aising
65 gm mentega cair
1 sudu teh esen vanilla


Cara:

1. Griskan acuan 8 inci. Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan oven 180C
2. Satukan lobak merah, gula prenag dan gaul rata. Biarkan sekejap. Masukkan kismis dan ketepikan.
3. satukan gula dan telur dalam mangkuk pengadun, pukul hingga pekat dan gebu. Masukkan minyak dan esen vanilla. Gaul hingga rata.
5. Masukkan bahan bertanda ** sedikit-sedikit dengan adunan lobak dan kacang walnut. Gaul hingga rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan. bakar selama 1 jam pada suhu 160C

Cream Cheese Frosting:

Satukan cream cheese, gula aising dan esen vanilla. Pukul hingga kembang, masukkan mentega cair dan pukul lagi hingga gebu.



Strawberry ada banyak lagi tu yang hias guna buah strawberry tu..
Lepas tu makan lagi..
Buah orange tu beli kat CH, orange yang jenis besar tu..tapi kali ni dapat yang tak berapa manis la pulak..
Kiwi plak balance buat fruit tart hari tu..



Lepas jer habis belajar sy plan nak gi bakery class la..bila asik buat kek jer, jadi terminatla pulak..nanti nak belajar cara-cara deco cake yang guna aising & fondant tu..
Insyaallah..




No comments:

Post a Comment