Pages

Monday, July 30, 2012

2 Ekor Kambing Untuk Anak Lelaki


Assalamualaikum..


Hari Jumaat lepas sy amik cuti exam..duk rumah lagi memenatkan dr gi office kerja tau..menbasuh, mengemas dapur, sapu sampah, mop lantai, lap habuk, masak lagi..dah masak kene kemas dapur yang bersepah, lepas tu angkat kain dari ampai pulak..lepas tu nak kene melipat pulak kain yang menimbun..hadoii, duk rumah pon rasa nak patah kaki dah ni..tetiba sy rasa sy memerlukan maid..perlukah???kalau ckp kt kereta standard mau kene jeling neh..rumah sekangkang kera, ada hati mau maid..Mengemas rumah seminggu sekali, membasuh pon seminggu 2 kali memangla letihkan..hahaha..


Kali ni nak cerita pasal Qeqah Qayyum..kitorang ni lambat sket buatkan qeqah untuk Qayyum due off limitation budget..hahaha..xderla budget sgt sebenarnya..ni kene tanya kereta standard, dia asyik kata nati dulu..nanti dulu..ntah hapa yang nak ditunggu pon xtau la..


Kebetulan masa balik Temerluve last week, mak mertua sy kata nak buatkan aqiqah untuk anak sy..mak mertua sy nak blanja..kitorang rasa serba salah pulak..tapi mak mertua sy kata takper, ni rezeki cucu sulung dia..mana tau cucu2 lain ada rezeki lain pulak..alhamdulillah, murah rezeki mak..


Pagi2 ahad, hari puasa ke2 tu kitorang pon pegi tengok kambing..tapi masa datang ni kambing dah sembelih dah..tengah lapah daging..sembelih dengan lapah upah orang jer..sekor kambing berharga lebih kurang RM750 kot kalau tak silap..untuk anak lelaki disunatkan 2 ekor..untuk anak perempuan sekor jer dah cukup..mak mertua sy tak buat kenduri kat rumah, tapi lepas tu kitorang hantar daging kambing tu kat rumah anak yatim di Maran..




Sementara nak tunggu daging kambing siap dilapah, sy dengan kereta standard pon naik la kat kandang kambing tu..ni first time kot masuk kandang kambing..hahaha..tak best pon, sebab bau kambing tu kuat sangat..




Sajer jer bawak Qayyum tengok2 kat atas tu..bagi kenal sket dengan kambing..semua kambing diternak oleh kawan abah mertua sy..sementara tunggu tu, dia benarkan jer kitorang naik atas tengok2..





Abah dan mak mertua sy..terima kasih mak untuk semua ni..sayang mak ketat2..hehehe




Qayyum kan mula2 takut jugak, senyap jer tengok kambing2 tu..lepas 10 minit baru kecoh2 sket..



Kambing2 yang diternak ni semua kambing australia katanya..



Aktiviti menyiang dan melapah daging kambing dibuat oleh tuan kambing tu jugak..

Lepas tu kitorang pon sedekahkan daging kambing tu dekat sekolah tahfiz dan anak2 yatim..semoga dapat pahala yang berlipat kali ganda terutama bersedekah di bulan puasa yang mulia ni..amin..


Sekian..



No comments:

Post a Comment