Pages

Tuesday, May 29, 2012

Qayyum In Action


Assalamualaikum..


Just nak share gambar-gambar Qayyum..dah lama kan tak buat entry pasal dia..
Minggu lepas dia start selsema, batuk berkahak dan demam..minggu lepas jer sy terpaksa ambik urgent leave 2 hari..kereta standard pulak takde, gi kurusus seminggu kat Kuantan..memang memburukkan keadaan sangat-sangat..menguruskan seorang anak seorang diri memang sesuatu yang menyiksakan..


Bila malam jer temperature Qayyum akan naik..memang tak tidur malam di buatnyer..lepas tu bila lepas menyusu jer, dia muntah pulak..habis basah baju, cadar tilam semua..dah satu kejer pulak nak alas dan tukar cadar bagai..sepanjang kereta standard takder, sy terpaksa bangun pukul 5 pagi..bersiap, kemas-kemas apa yang patut..susukan Qayyum dulu..bangun awal tu bukannya apa, kalau sy dah siap sebelum Qayyum terjaga memang takda masalah tp kalau dia dah terjaga, apa pon tak boleh..asyik nak melalak jer kalau tak nampak sy..sebelum pukul 6 hantar kat rumah pengasuh dekat blok sebelah..lepas tu menapak sket ke seberang jalan tunggu bas..petang pulak, balik naik bas pukul 6 petang..sampai rumah lebih kurang pukul 7.20 terus gi ambik Qayyum kat rumah pengasuh..begitulah rutin harian sy..sangatlah mencabar kan..



Masa dia demam haritu, sy tak hantar gi rumah pengasuh pon..takpelah..sehari jer, sian pulak nak hantar kalau asyik merengek jer..nanti menyusahkan pengasuh dia pulak..



Ni gambar masa dia demam minggu lepas, rambut berserabai..kusut masai..masa ni tengah cakap dengan papa dia..tp sebenarnya papa dia cakap sorang-sorang jer..hehehe..dia senyap jer sambil angguk2 kepala..nak cakap tak pandai lagi..




Yang ni pulak masa balik kampung Sg Besar minggu lepas..cuaca amatlah panas..sy sendiri pon tak tahan..Qayyum tido sampai basah lencun belakang baju..seluar memang tak pakailah..kesian dia, sampai tumbuh ruam penuh satu belakang..


Kitorang kalau balik kampung tido memang kene pakai kelambu sebab kat kampung kan banyak nyamuk..takut kene denggi pulak..kalau sy jer tak kisah sangat tapi kesian kat Qayyum..bila dah pakai kelambu, langsung tak rasa kipas syiling, kereta standard siap bawak masuk kipas rendah tu dalam kelambu lagi..tu pon berpeluh lencun..bayangkanlah dia punya bahang panas tu..dah lama tak hujan kot..
So bila siang, bogelkan jer..tinggal pampers..takderla berpeluh sangat..tengahari pon kene mandikan jugak.




Comel jer dia pakai topi gi bendang nenek..





Kali ni takder ambik gambar sawah pon..memula tu memang plan nak gi ambik gambar kat sawah tapi sebab panas terusla takder mood..



No comments:

Post a Comment