Pages

Wednesday, May 30, 2012

Merepek..


Minggu ni adalah minggu yang tak best bg sy..harini baru hari Rabu, belum sampai hari Jumaat lagi dah boring giler..

Hari Isnin hari tu, balik kerja tiket bas MARA KL - Bentong habis pulak..terpaksalah naik CENTRAL..kalau nak ikutkan bas MARA ni lebih selesa berbanding bas lain..KL -Bentong cuma ada 3 choice bas jer iaitu MARA, CENTRAL Pahang & UNION..

Agaknya sebab minggu cuti sekolah, ramaila yang datang KL agaknya..jadi disebakan pukul 6 peang tu tiket dah habis so sy terpaksalah naik bas CENTRAL..bas ni memang dah buruk giler..kalau hujan memang bocor..nasib baik hari tu tak hujan hari tu.dia punyer bergegar memang sakit-sakit badan lah...

TAPI malangnyer bus ni tak lalu sampai area rumah sy..last pitstop adalah sebelum rumah sy..adalah kot kurang 1 km nak jalan kaki sampai rumah..sampai pukul 7.20, kereta standard kata Qayyum dah tidur..kesian pulak nak suruh dia ambik sy..takpelah..sy pon jalan jelah kaki..masa ni ada 2 orang lelaki Cina dan sy sorang jer perempuan..

Nak melintas jalan jer sy terpaksa tunggu dekat 5 minit..banyak pulak kereta..yang lelaki cina tu dah jauh dah jalan..cepat betullah diorang ni jalan..tak sempat nak saing..sy ni risau jugak kot kene ragut ker apa ker jalan sorang-sorang..dah magrib pulak tu..

Nak dijadikan cerita..sy pon lari la perlahan-lahan sebab takut punyer pasal..padahal ni ikut jalan besar jer..sampai jer kat satu lorong kecik sebelum Petronas tu tetiba keluar pulak sekor ANJING..!!anjing tu terus menyalak, menyalak dan menyalak..jarak anjing tu dalam 5 ke 6 kaki jer dari sy..giler tekejut ngko..kat situ dah la takder lampu..kt Petronas tu baru ada lampu..dalam hati sy tawakal jelah kalau anjing ni menyerang..takuntnya tak taulah nak kata sampai sy berdiri tegak jer tak bergerak-gerak kat situ..sy pon pegang handbag sy..konon2 kalau anjing tu datang nak lepuk jer dengan handbag..macam berani kan..

Sekali tu ada kereta lalu, pakcik india tu terus block anjing tu..anjing tu tak bergerak pon lagi kuat dia menyalak..pakcik india tu suruh sy jalan..sy pon apa lagi berlari lah..stress betulla nak lari-lari ni..tadi mula-mula lari perlahan tapi kali ni terpaksa lari pecut..dahla pakai baju kurung, sy terpaksa la angkat sikit kain..lantakla kalau ada orang tengok pon..

Tu cerita hari Isnin, semalam pulak naik bus MARA pukul 6..sampai rumah pukul 7.45..1 jsm 45 minit dr KL - Bentong..apa ke teruk sangatla bus tuh..sangatla tension lama-lama dalam bas..macam nak balik kg..drivernyer bawak bas sikit punyer slow..tak tau la sy bas tu rosak ker apa ker..yang kereta standard asik call jer kata anak melalak la, lapar nak susu la..sy ni tak sampai-sampai rumah lagi..stress betul..

Malam tadi pulak batuk sy makin teruk sampai tak boleh nak tidur..asik terganggu dengan batuk jer..sy dah makan banyak stepsil & dequardin tu tapi tak berkesan-kesan pulak..lepas tu baru nak tidur, Qayyum muntah pulak..malam tadi makan buah naga, habis muntah merah..lepas tu pukul 4 dia mengamuk lagi sebab pampers bocor..terpaksa tukar baju skali..lepas tu baru nak tido nyenyak, dah terkejut bunyi jam loceng pulak..adoii, baru jer sekejap rasanya terlelap..harini rasa macam taknak kerja jer, tapi disebakan PSM sy tak siap lagi terpaksa jugakla datang office..sebab kalau dekat rumah memang susah sket nak buat kerja..

Sekarang ni kat office sy asik batuk jer, gatal sangat rasa tekak ni..batuk sampai meleleh-leleh air mata..


No comments:

Post a Comment