Pages

Wednesday, May 9, 2012

Bread Pudding

Assalamualaikum..


Malam tadi kan, sy merajinkan diri utk buat bread pudding..almaklumlah, sejak ada oven ni mood asik nak mem'baking jer kejenyer..


Bulan lepas, dapat jer gaji terusla sy beli oven ni..niat di hati dah lama nak beli oven tapi hari ke hari sampai ke sudahnya tak beli jugak..tapi masa tu sy dah nekad, walau apa pon yang berlaku, sy tetap nak beli jugak..hehe


Sy beli oven yang biasa-biasa jek..amatur la katakan..baru nak berjinak-jinak dalam bidang bakar membakar ni..sy beli brand Elba 35L  berharga RM250..sy guna RM200 duit sy, lg RM50 kereta standard topup..sy tak survey banyak kedai pon sebab malas..gi satu kedai, nampak terus jer beli..


TAPI, minggu lepas masa balik Temerloh..masukla satu kedai letrik nama Wong Ban Seng dalam Temerloh Mall tu harga oven ni RM219 sahaja..ceh betul..sy dah rugi 31 hengget..lain kali gi survey dulu untuk mengelakkan menyesal di kemudian hari..takder rezeki la tu..takpelakan..apa nak buat..


Ada satu cerita sadis..
Masa nak rasmikan oven ni, sy sangatla excited..first skali projek buat brownies..sy beli yang ready made dalam kotak brand nona tu, tinggal bancuh dan bakar jer..senang kerja..


Almaklumla, first time kan..nak guna pon tak reti lagi..baca manual book dia jer dah dekat setengah jam..
Bila dah bancuh adunan kek, sy begitu confident bakar gunakan suhu seperti yang dinyatakan dan tertulis kat belakang kotak tepung kek tu..bakar 180C selama 40 minit..


Apa yg sy buat..sy letak kek kat rak tengah, guna convection, api atas bawah, suhu 180C selama 40 minit..


TAPI, apa yang berlaku adalah...memula cun jer brownies tu..ingatkan jd ler proses pembakaran tu kan..takderla sy nak tunggu jer depan oven tu, so sy tinggal-tinggalkan jer..banyak kejer lain nak buat..lepas 20 minit, sedang sy melipat kain yang menimbun kat ruang tamu, sy bau hangus..tengok-tengok kt dapur dah berasap weii..tengok dalam oven brownies dah hangit..


Frust giler uolls sebab first time bakar tak menjadi..brownies sy takdela hangus terbakar, still boleh makan lagi tp bahagian atas dengan tepi memang kene buang..kereta standard rasa sket jer..tp macam-macamla komen dia..dasar pengkritik tak bertauliah biasa la kan..


Bengang betul..pagi-pagi buta lepas solat subuh, sy pon bukak internet..sy study la pasal oven ni, cemana nak setting suhu & sebagainya..tengok dan baca komen-komen orang yang guna oven brand yang sama..rupa-rupanya, suhu setiap oven memang tak sama..so, sy dah belajar from my first baking..


Untuk second project, sy buat kek coklat..guna tepung kek brand nona jugak..nnt sy update pasal kek ni kemudian..alhamdulillah menjadi, sy bawak balik Temerloh..mak mertua sy pon suka..siap suruh try buat kek lain pulak..


So, yang ni kira third projekla..buat yang simple-simple dulu..amatur la katakan..

Bread pudding ni sangatla simple dan sedap..resepi sy amik kat internet jer..


PUDING ROTI

BAHAN-BAHAN
  • 7 keping roti - guna gardenia bonanza
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu besar butter - untuk sapu pada roti
  • 2 sudu gula
  • 400ml/ satu tin susu cair - nak guna fresh milk pon boleh
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • kismis ikut suka hati (kalau suka banyak, boleh letak banyak-banyak)

CARA-CARA
  1. Sapu sebelah bahagian roti dengan butter, potong dan susun dalam loyang..sy guna loyang sederhana besar tp tak perasan pulak yang berapa inci..
  2. Tabur dan letak kismis kat celah-celah dan di atas roti
  3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan gula sehingga gula hancur
  4. Masukkan susu dan esen vanilla. kacau sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan yang berisi roti tadi. Biarkan adunan telur menyerap ke dalam roti.
  5. Panaskan oven 180C selama sepuluh minit.
  6. Turunkan suhu 160C dan bakar selama 30 minit



Untuk oven ini, sy letak loyang dekat tray bawah, setting convection, panaskan oven dulu 180C selama 10 minit lepas tu tukar  suhu 160C, bakar guna api bawah sahaja..lepas 20 minit baru guna api atas bawah sebab nak garingkan permukaan atas roti tu..


Kuantiti adunan ni pon tak banyak sangat..bahan-bahan pon mudah dan senang..




Buat malam tadi, sampai rumah jer dah pukul 8.30mlm..rest kejap..buat ni sekejap jer..tp sebab kene layan Qayyum jadi lama la pulak..yang Qayyum pulak melalak-lalak nak dukung..siap nak memanjat-manjat meja lagi nak tengok dekat-dekat apa sy buat..


Tp tak sempat nak buat sos custard dia..makan macam tu jer memang dah sedap..sy letak gula sket jer, bagi sy sedap sangat sebab tak manis..silalah mencuba..




Sekian..


No comments:

Post a Comment