Pages

Monday, April 2, 2012

Happy 1st Birthday to Qayyum

Assalamualaikum..

Kelmarin 31/3/2012 genaplah umur Qayyum setahun..
Kitorang tak buat birthday party pon tahun ni..next time insyaallah..lagipon kereta standard tiba-tiba demam panas pulak start petang sabtu..pagi semalam badan dia panas sangat..petang tu baruok sket..suruh dia minum air banyak2 sket..

Semalam sepatutnya sy ada kelas, terpaksa la ponteng kelas sebab kesian pulak nak suruh dia jaga Qayyum..dia kata badan dia sakit-sakit..tapi alhamdulillah dah ok sket petang tu..

Mari kita layankan picture Qayyum dari sejak lahir sampai sekarang..

Masa ni baru lahir, kat hospital lagi..berat 3.5 kg..putih bersih jer, tapi sekarang dah gelap..dah serap kulit kereta standard agaknyer..hehe..



Yang ni pulak masa umur sebulan lebih..boolat betul kan..dah habis pantang tapi masih duduk dekat Sg Besar habiskan cuti bersalin..kat kampung sangatlah panas, tu yang bogelkan dia jer..kesian sebab berpeluh-peluh..

Tapi sy dah serik, sebab malam memang dia meragam..agaknya kembung perut sebab asik bogel jek..sepanjang malam asik melalak jer, nenek sampai demam-demam sebab tak cukup tido..


Yang ni masa umur 3 bulan..berat nak dekat 5kg..


Ni pulak masa umur 4 bulan dengan atuk..


Kehkehkeh..pic ni kelakar la..kereta standard yang edit..cian Qayyum kene buli..masa ni dah masuk 5 bulan..


Yang ni 6 bulan lebih..santai sambil tunggu mama gunting rambut..


Yang ni 7 bulan..


Yang ni dah nak masuk 8 bulan..bawak gi office family day dekat Janda Baik..




Yang ni plak dah 9 bulan tapi masih blm pandai jalan, cakap apatah lagi..


Yang ni masa 10 bulan.. 


Ni plak 11 bulan lebih, masa pergi Cameron Highland hari tu..


Kalau nak ikutkan, muka Qayyum dari start baru lahir sampai 4 bulan memang berbeza sangat..sekarang dia dah kurus sikit mungkin sebab dah lasak..

Apa pun, semoga menjadi anak yang bijak & cerdik..

*Sangat lah lama nak mengarang entry ni.banyak sangat hal. semalam Qayyum kacau, dia pon sibuk nak main laptop..arini plak sebab nak pilih gambar, fail bersepah-sepah..

Sekian


2 comments: