Pages

Wednesday, March 21, 2012

Cameron Highland # Day 2

Assalamualaikum...

Hari kedua jalan-jalan ni kelakar sket..ish, malu pulak nak cerita...

Pagi-pagi tu siap-siap cepat-cepat..ingatkan nak pegi braekfast jer, so kitorang tiga beranak tak mandi la lagi..ingatkan lepas sarapan nak balik bilik baru mandi..

Sekalinyer, lepas sarapan terus jer jalan pusig-pusing lagi..lantakla situ..pedulikkan walau tak mandi..kehkehkeh..

Nak gi jalan..gembira sangat...


View dr bilik mak mertua sy..


Takderla crowd sangat..biasa-biasa jer, walaupun cuti sekolah..


Kereta standard buat perangai tak senonoh dia..


Qayyum pakai topi sekejap jer..lepas tu mula la dia nak bukak..


Posing depan hotel dulu..psstt..kereta standard dahlah tak mandi, pakai baju semalam pulak tu...kehkehkeh..(masakla kener bebel kalau dia baca neh)..


Sarapan kt cafeteria kt depan hotel jer..semua makan nasi lemak..kenyang sket..



Qayyum makan papadom jer..


Terus jer pusing-pusing area Brinchang tu..letih jugak menapak..kener dukung Qayyum lagi..gigil lutut woo nak naik bukit..


Souvenir yang biasa dijual di mana-mana kedai..kebyakkannya berasakan strawberry..bantal strawberry, selipar strawberry, headset strawberry jugak, belon pon strawberry..semua strawberry lah..
 


Jumpa Stawberry Moment, ingatkan nak makan kek dengan strawberry celup coklat..tapi kenyang lagi la pulak..baru jek makan nasi lemak kn tadi..so cancel jelah hajat di hati..


Jalan-punyer-jalan...nampak la Cactus Valley..sy pon beria la nak pegi..mak mertua sy sporting, on jer..
Bapak mertua sy dah surrender, tak larat nak jalan dah..so dia pon balik hotel..kitorang pon meneruskan perjalanan..hehe

Nak masuk  Cactus Valley, kene bayar RM sorang..kereta standard xnak masuk tapi sy paksa jugak..yelah, sy nak posing-posing kat atas tu, sapa nak ambikkan gambar pulak..hehe


Masa ni Qayyum dah ngantuk..


Lepas dah pusing-pusing..lelih giler..bepeluh-peluh ketiak..duduk la kejap..xder orang lain pon kt atas ni..kitorang berempat jer..


Gagah perkasa giler, dapat panjat tangga sampai atas ni..fuhh, penat..


View dekat atas..uuiiiih, jauhnyer kitorang jalan..hotel kita nun dekat bawah sana tu..


Bila turun kat bawah tu, mak mertua sy minat pulak dengan bunga ni..dia beli benih nak tanam dekat rumah..


 Muka keletihan..


Lepas Cactus Valley, nampak pulak strawberry farm..mak mertua sy sgt excited la nak pegi tengok..
Kereta standard dah tak larat nak naik..dia kata nak duduk kat bawah jer, qayyum dah mengamuk..ngantukla tu, xper biar papa dia settle..


Tinggalkan mereka dekat bawah..
Kt atas ada kebun sayur..cantik sangat..



Kebun sayur sebelah kiri, kebun strawberry sebelah kanan..
Ada jugak jual fresh strawberry yg baru petik..nak petik sendiri pon boleh..kalau petik sendiri RM25 utk setengah kilo..


Yang paling best ada cafe kt atas ni..dia ada jual strawberry coklat..memula nak makan dgn mak mertua sy tp rasa tak best la pulak sbb kereta standard kat bawah..takpe, datang nanti jer kalau sempat..so beli cheese cake dgn smoothy strawberry jer dulu..tapau..
 

Lepas tu terus balik..Qayyum pon dah tertido-tido..sampai bilik rasa nak pengsan jalan kaki..semuanya sebab gara-gara sayangkan parking yang baik punyer kt depan hotel..sanggupla tak keluarkan kereta 2 hari..


Cheesecake beli dekat Big Red Strawberry farm..
Fridge magnet ni pon beli kat sana jugak..tapi pelik sket sbb price tag di pasaraya jimat..pasaraya tu kt sebelah hotel jer..


Sy beli byk jugak fridge magnet..nak bagi pd kawan-kawan office..jem pun haruslah beli..jem ni sedap..


Petang duk dalam bilik jer..penat tak habis lagi..malam pon dah malas nak keluar..

Sok  pg, sebelum balik kereta standard kata kita akan pegi semula Big Red Strawberry Farm tu sbb sy nak makan strawberry coklat..kali ni naik kereta then terus gerak balik..



No comments:

Post a Comment